Laman Utama

[VIDEO] “Nama Pertama Yang Saya Cadang Untuk Bilal Sebenarnya Ialah Sulaiman…” - Neelofa

gempak
Shahrin Zulkifle
16/12/2022
01:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]  “Nama Pertama Yang Saya Cadang Untuk Bilal Sebenarnya Ialah Sulaiman…” - Neelofa

Selebriti popular Noor Neelofa mendedahkan bahawa dia dan suami, Hariz Ismail pada awalnya telah memilih nama Sulaiman untuk diberikan kepada cahaya mata pertama mereka.

Bagaimanapun kata Neelofa, 33, mereka berdua akhirnya mengambil keputusan untuk menukar nama tersebut kepada Muhammad Bilal yang kini sudah berusia 11 bulan.

“Kalau nak tahu, nama pertama yang saya cadangkan pada suami untuk Bilal sebenarnya adalah Sulaiman.

“Saya sangat suka nama Sulaiman itu. Malah dah ada pun beberapa hadiah yang kakak saya bagi ada tulis Baby S (Sulaiman).

“Akhirnya kita (Neelofa dan Haris) tukar nama kepada Bilal,” katanya.

Neelofa berkongsi perkara tersebut dalam salah satu episod program Next To Neelofa 2 yang mana episod berkenaan turut menampilkan pelakon dari Indonesia, Oki Setiana Dewi sebagai tetamu.

Sementara itu, potongan daripada babak program berkenaan turut dikongsikan oleh pengguna media sosial di laman TikTok.

@seorangnur InsyaAllah adik Bilal nanti nama Sulaiman pulak ? #neelofa #okisetianadewi #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #nexttoneelofa ♬ Cinta Luar Biasa - Andmesh

Dalam masa sama, bekas pengacara program MeleTop itu sempat berseloroh mengatakan nama Sulaiman akan diberikan kepada cahaya mata yang kedua.

“Sulaiman mungkin Insya-Allah nanti kalau ada rezeki lain,” selorohnya sambil ketawa kecil.

Untuk rekod, Neelofa dan Hariz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2022 dan dikurniakan Muhammad Bilal sebagai cahaya mata pertama yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live