“World class save by Syihan”

Demikian antara ciapan yang dikongsikan wargamaya selepas penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi berjaya menyelamatkan gawang negara dalam perlawanan bola sepak Kejohanan Piala Raja Thailand yang berlangsung di Stadium Chiang Mai semalam.

Perlawanan tersebut turut melayakkan Malaysia ke perlawanan akhir piala berkenaan selepas berjaya menumpaskan pasukan Thailand dengan keputusan 5-3 menerusi penentuan penalti.

Bagaimanapun, tumpuan perlawanan telah diberikan kepada penjaga gawang gol pasukan kebangsaan, Syihan Hazmi yang layak diangkat sebagai wira pasukan apabila menampilkan persembahan yang mantap selepas menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pasukan Thailand.

Paling mendebarkan saat Syihan menyelamatkan tendangan pemain handal pasukan lawan iaitu Supachok Sarachat.

Tanda pagar dengan menggunakan nama #SyihanSave turut menjadi trending di laman sosial Twitter.

Rata-rata pengguna laman tersebut memuji prestasi yang dipamerkan Syihan.

@khairul_hafidz: “Syihan adalah man of the match”.

@jofanpang: “Wah. Saya sudah lama tidak menikmati penentuan sepakan penalti. Special shoutout kepada Syihan untuk satu lagi penyelamat hebat. Man of the match untuk saya. Maju ke final!”

@imgqyo: “Hampir sakit jantung, nasib baik kita (Malaysia) ada Syihan selamatkan kita,” antara ciapan yang dikongsikan wargamaya.

Dalam pada itu, beberapa video memperlihatkan momen Syihan menyelamatkan gawang negara turut tular di platform TikTok.

@malaysiafootballedit1 Sepatah dua kata untuk persembahan Syihan Hazmi pada malam ini. What a performance?Tahniah Malaysia berjaya ke final King's Cup 2022#footballtiktok #malaysiafootballeditt #fyp #syihanhazmi #HarimauMalaya #malaysia #bolasepakmalaysia #KingsCup #KingsCup48 #Thailand ♬ bunyi asal - Malaysia football edit

Terdahulu, pasukan kebangsaan terpaksa akur apabila terikat dengan keputusan 1-1 bersama Thailand selepas aksi 90 minit perlawanan sebelum diheret ke aksi penentuan penalti.

BACA: "Laki Orang Tu Gaisss" - Netizen Berebut Mahukan Penjaga Gawang Malaysia

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!