Pengacara Nana Mahazan gagal menahan airmata apabila teringat kepada tiga ekor kucingnya yang terpaksa diletakkan di pusat penjagaan khas buat sementara waktu susulan keaadan rumah yang sedang diubahsuai.

Menerusi muat naik di Instagram, Nana berkata dia sempat melakukan panggilan video bersama salah seekor kucingnya bernama Tiggy sebelum airmatanya jatuh.

“Tadi video call dengan Tiggy (nama kucing), saya rindu Tiggy sangat-sangat.

“Untuk mereka yang bertanya, Tiggy, Chapo dan Pixie sekarang tidak tinggal bersama saya, kesemuanya dihantar ke pusat penjagaan khas kucing disebabkan rumah sedang renovation.

“Mungkin ada yang tak tahu, Tiggy sentiasa tidur dengan saya setiap malam, dah nak tiga minggu kami berpisah, saya sedih,” kongsinya.

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)

Dalam pada itu, bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama itu berkata dia tidak kisah seandainya ada yang menganggap dirinya terlalu emosi terhadap kucing.

“Mungkin ada yang akan kata saya terlalu emosi, tapi saya betul-betul merindui kucing-kucing saya.

“Yang pencinta kucing mesti faham, yang tak faham tak apa,” tambahnya.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut merasa sedih dan memahami keadaan yang dirasai Nana ketika itu.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!