Laman Utama

[VIDEO] Nash Nafi Sedang Kritikal, Berita Palsu Buat Keluarga Risau; “Ada Yang Menangis Teresak Esak Bila…”

gempak
Shahrin Zulkifle
05/12/2022
22:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Nash Nafi Sedang Kritikal, Berita Palsu Buat Keluarga Risau; “Ada Yang Menangis Teresak Esak Bila…”

Penyanyi rock lagenda, Datuk Nash menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya berada dalam keadaan kritikal akibat sakit pinggang.

Jelas Nash, 63, dakwaan tidak benar yang dikeluarkan oleh beberapa portal tempatan menyebabkan dia menerima panggilan telefon daripada ahli keluarga dan rakan yang khuatir dengan keadaaanya.

Malah, ada yang menangis disebabkan mempercayai dakwaan tersebut.

“Memang saya hadapi kesakitan pinggang yang amat sangat, tapi tidak lah sampai kritikal.

“Sehinggakan ada saudara mara serta adik beradik saya dan juga sahabat-sahabat baik saya call saya tanya betul ke yang saya ni dalam keadaan teruk sangat dan kritikal.

“Ada yang menangis teresak esak bila dengar suara saya dalam phone,” katanya.

Nash menjelaskan perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Tidak mengambil hati, vokalis kumpulan rock Lefthanded itu terbuka hati dan memaafkan sikap serta tindakan pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Apapun saya maafkan mereka yang buat laporan perkara yang tak betul dan juga mereka yang uploadkan balik gambar semasa saya dalam kemalangan jalan raya dua tahun lepas.

“Tak apa lah perkara dah pun berlaku, saya maafkan. Terima kasih sekali lagi dan saya juga doakan yang baik-baik untuk semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” tambahnya.

Terdahulu, Nash menerusi laman sosial yang sama memaklumkan dia berdepan masalah salah urat sehingga menyebabkan sakit di bahagian pinggang sewaktu menganbik wuduk.

BACA: Nash Kongsi Detik Cemas Badan Tiba-Tiba Cramp & Kaki Tak Boleh Gerak -“Sakitnya Allah Sahaja Yang Tahu…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live