Laman Utama

[VIDEO] Netizen Kasihan Kak Long 7E Diperlakukan Seperti 'Lembu' - "Saya Buat Sendiri, Dengan Rela Hati"

gempak
Amri Hassan
16/08/2022
02:30 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Netizen Kasihan Kak Long 7E Diperlakukan Seperti 'Lembu' - "Saya Buat Sendiri, Dengan Rela Hati"
Pempengaruh yang pernah tular dengan insiden amukan kedai serbaneka 7-Eleven, Kak Long tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam video viral bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Baby Shima.
Jelas Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura, aksinya diperlakukan dalam video berkenaan dibuat secara sukarela tanpa diupah.
"Kepada netizen-netizen yang berkata buruk pada saya, Datuk (Aliff Syukri) sebenarnya tak ada ambil saya atau upah saya pun.
"Yang terjadi adalah kehendak saya, saya yang buat sendiri. Cukup salahkan Datuk dan Baby Shima.
"Saya tak nak dalam hal ini orang duk salahkan mereka. Ini bukan kehendak Datuk, saya yang rela hati buat sendiri," jelasnya.
Menerusi video tular 21 saat, Kak Long dianggap netizen 'diperlakukan seperti lembu' apabila Baby Shima duduk di atas belakangnya.
Hal itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet dan kesal dengan tindakan Aliff Syukri serta Baby Shima.

Jangan fitnah Aliff Syukri, Baby Shima

Justeru, Kak Long memohon orang ramai agar tidak terus memfitnah Aliff Syukri dan Baby Shima dan berhenti menyalahkan mereka.
"Buat apa awak nak marah-marah Datuk? Awak tak fikir ke perasaan orang apabila awak memfitnah saya begitu?
"Okey lepas ni kalau awak nak saya berubah jadi baik, awak pun perlu komen yang baik-baik. Cukup salahkan orang, Datuk pun tak bayar saya untuk buat video ini.
"Untuk saya buat video dengan Baby Shima yang saya jadi begitu, tak ada orang paksa. Saya dengan rela hati," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live