Laman Utama
[VIDEO] Netizen Kecewa Wawa Zainal Tak Sensitif, Guna Lagu Bloody Mary Untuk Video Mekap Anak
Umum mengetahui pasangan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafrel gemar menerbitkan kandungan-kandungan video khusus untuk platform media sosial masing-masing.
Baik mengenai rutin harian mahupun bisnes, kebanyakan kandungan yang diterbitkan oleh pasangan itu kerap menarik perhatian umum khususnya peminat dan juga netizen.
Hal itu turut diwarisi oleh anak perempuan mereka, Hayla. Menerusi video mempromosikan jenama solekan Wawa Cosmetics, Hayla dilihat mengikuti challenge mengubah wajah menjadi watak Wednesday Addams, yang kini popular di platform penstriman Netflix.
Sungguhpun video yang dipaparkan adalah video normal seorang kanak-kanak mengenakan mekap, namun, ada dalam kalangan pengikut Wawa yang kurang senang dengan pemilihan lagu bagi kandungan berkenaan iaitu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga.
Meninjau ruangan komen, ramai antara pengikut Wawa di Instagram yang meminta supaya lebih sensitif dan berjaga-jaga.
“Cantik.. tapi sensitif lah kita ni orang Islam. Sampai lirik lagu pun tak kisah asal bunyi sedap didengar.”
“Kenapalah bersepah orang muslim guna lagu ni. Tolonglah faham liriknya.”
“Dah ditegur harap delete. Ada sebut nama Jesus. Boleh try upload balik video ni dengan lagu lain kalau sayang nak delete. Kesian anak.”
Terdahulu, Lan Solo turut menerima kecaman netizen apabila anaknya, Nur Amna Qaleesya turut menari dengan menggunakan lagu yang sama.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video