,
Laman Utama

Video Nikah Tular, Laudya Cynthia Bella Nafi Kahwin Dengan Putera Dubai - “Semoga Kita Terhindar Dari Fitnah”

Azwa Rahman
01/08/2022
06:43 MYT
Nama selebriti terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella menjadi tular di platform TikTok apabila ada netizen mendakwa dia kini sedang berpacaran dengan seorang putera dari Dubai.
Malah menerusi platform yang sama, muncul video yang menunjukkan dia sudah pun sudah bernikah dengan putera tersebut secara taaruf dalam sebuah majlis tertutup.
Menerusi pemerhatian Gempak, pengantin wanita yang berada di dalam video tersebut tidak menyerupai Bella dan lebih mencurigakan apabila perkongsian tersebut tidak memperlihatkan langsung wajah depannya.
Dalam pada itu juga, ruangan komen video tersebut juga dihujani dengan ucapan tahniah daripada wargamaya dan telah mendapat hampir 7 juta tontonan.
@gosipsekarang ALHAMDULILLAH SAH ! LAUDYA CHINTYA BELLA RESMI DI PERSUNTING PANGERAN ARAB ASAL DUBAI#beranda #tampil #fyp #menikah #laudyacynthiabella ♬ suara asli - GosipSekarang
Memetik laporan DetikHot, pembantu peribadi Bella, Rita tampil menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan berita tersebut adalah berstatus palsu.
“Mohon maaf itu berita yang sangat tidak benar, semoga kita semua terhindar dari fitnah ya.. Barakallahufik," ujarnya.
Terdahulu, berita mengenai Laudya Cynthia Bella bersama putera dari Dubai sudah mula tersebar sejak beberapa bulan lalu.
Difahamkan berita tersebut menjadi bualan berpunca daripada sebuah video YouTube Shireen Sungkar yang bertemu dengan Laudya Cynthia Bella di Dubai.
Untuk rekod, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur.
Hubungan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.
Hiburan

Pertama Kali Join Reality Show, Zarif Ghazzi Teruja Jayakan Call Me Handsome Sempena Hari Malaysia – “Saya Terus Ambil, Tolak Semua Job”

gempak
16/09/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi teruja apabila membuat penampilan dalam sebuah rancangan realiti, Call Me Handsome.