Laman Utama

Video Nyanyian Anak Tular, Amyza Aznan Tak Kisah Kalau Adrian Nak Jadi Penyanyi

gempak
Fiza Kamarudin
09/03/2021
03:13 MYT
Sponsor Banner
Video Nyanyian Anak Tular, Amyza Aznan Tak Kisah Kalau Adrian Nak Jadi Penyanyi
Pelakon versatil Amyza Aznan tidak menyangka video nyanyiannya bersama anak, Adrian Adam dalam sebuah program hiburan baru-baru ini menjadi tular.
Amyza berkata dia terharu apabila melihat komen positif wargamaya yang memuji bakat terpendam dimiliki Adrian.
“Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat buat Adrian. Yang sebenarnya puas saya cari jalan nak ajak dia masuk program tu.
“Adrian pemalu, dia tak yakin nak berdepan dengan orang ramai…Jenuh juga la saya pujuk sampailah dia setuju,” katanya kepada Gempak.
Pada malam Ahad lalu Amyza dan Adrian menjadi juara mingguan dalam program terbabit dan telah menerima RM10,000 sebagai hadiah.
“Saya serahkan kesemuanya kepada Adrian kerana kemenangan kami hasil usaha dan kerja keras dia. Saya ni tumpang saja.
“Adrian bersemangat dan berjaya buang rasa malu serta berani menyanyi depan juri tu pun dah cukup membanggakan.
“Saya tak harap kemenangan pun kerana saingan pada malam tersebut hebat-hebat belaka,” katanya.
Selain Amyza dan Adrian, pasangan keluarga lain yang turut bertanding dalam program tersebut pada Ahad lalu ialah Fauzi Nawawi dan anaknya Fareez, Amelina dan Puteri, Liza Abdullah dan Nafiz serta Shajiry dan Hafiz.
Dalam pada itu ketika ditanya sekiranya Adrian mendapat tawaran menyanyi selepas ini, Amyza berkata dia menyerahkan semua keputusan kepada anaknya.
“Sekiranya Adrian berminat untuk menjadi penyanyi saya tidak akan menghalang. Saya akan sokong minat dia.
“Asalkan Adrian bijak membahagikan masa, tidak main-main dan bersungguh-sungguh…Saya okay je,” katanya. Nyanyian Adrian turut mendapat pujian daripada pelakon veteran, Fauziah Nawi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live