Laman Utama
[VIDEO] “Orang Cakap Artis Tak Mampu Ke?”- Impian 10 Tahun, Yana Samsudin Teruja Pertama Kali Umrah & Haji
Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin mengucapkan syukur apabila pertama kalinya dapat mengerjakan dua ibadah iaitu umrah dan haji sekaligus.
Yana memberitahu dia percaya berkat usahanya berbakti kepada kedua ibu bapa akhirnya dapat menunaikan impiannya itu sejak 10 tahun lalu.
“Umrah selepas mengerjakan Haji Qiran 2022. MasyaAllah , Alhamdulillah...Allahuakbar..Yana tak pernah jejak kaki ke sini, tapi Allah bagi peluang menunaikan haji dan umrah sekaligus terus..
“Benar janji Allah bila kita berbakti kepada kedua ibu bapa, kita berusaha , berkorban membelanjakan segala harta ke jalanNya , Allah bagi segalanya ... malah lebih.SubhanAllah.. aku telah menyaksikan semuanya...
“Tiada lebih penting dalam hidup ku, hanya Allah, Muhammad, ibu bapa ku , suami ku dan keluarga ku...
“Impian aku membawa mereka sebenarnya dah lebih 10 tahun. Orang cakap artis tak mampu ke? Hanya Allah lebih mengetahui. Hanya aku yang melaluinya…” katanya.
Isteri kepada pelakon Fadzil Zahari itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Yana turut memuat naik video suntingan dia bersama suami dan keluarga ketika berada di tanah suci, Makkah.
Dalam masa yang sama Yana turut bersyukur kerana dia telah dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan menyokong apa jua yang dilakukan.
“Syukur, beruntung aku juga mempunyai suami yang sangat supportif, ianya juga hadiah pinjaman berharga dari Allah.. Alhamdulillah.. terima kasih sayang atas segalanya @fadzilzahari .
“Hari ini, di saat ini aku telah menyaksikan banyak perkara bahawa Allah itu Maha Esa , Maha Pemurah , Maha mengasihani & Maha mengetahui.
“Percayalah tiada ragu , hanya satu! La ilaha illAllah Muhamadurrasulullah...Semoga kalian di jemput menjadi Dhuyufurahman . Amin,” luahnya lagi.
Must-Watch Video