Laman Utama
[VIDEO] Panjat Flyover Semata Nak Tengok Sunset? Gelagat Individu-Individu Ini Bikin Netizen Kecut Perut - “Kalau Jatuh…”
Setiap orang mempunyai kegilaan tersendiri dalam mendapatkan sesuatu dan mungkin kegilaan ini tepat untuk menggambarkan aktiviti sekumpulan individu yang difahamkan sanggup memanjat flyover di tengah-tengah lebuh raya untuk melihat matahari terbenam.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, individu-individu berkenaan didakwa memanjat flyover yang terletak di Bernam Jaya, Tanjung Malim, Perak.
Lebih menghairankan, mereka yang terlibat langsung tidak menunjukkan perasaan gentar. Malah, dengan selambanya melambai-lambai ke arah pemandu yang melintas flyover berkenaan.
Hal tersebut menimbulkan rasa gusar dalam kalangan netizen. Tuan empunya rakaman turut menulis: “Kalau jatuh terus tak jadi tengok sunset, dia jadi said goodbye.”
@missblackwhite__
Kalau jatuh terus tak jadi tengok sunset, dia jdi said goodbye?♬ original sound - Syahmi Hisham
Selain itu, menerusi ruangan komen, ada juga melahirkan rasa seriau, selain seram melihat pelakuan berani individu-individu berkenaan.
“Ya Allah aku yang seram tengok.”
“Bukan setakat bahayakan diri sendiri, bahayakan pengguna jalan raya juga. Kot ye pun nak tengok sunset pergi tempat yang sepatutnya, bukan atas flyover.”
Untuk rekod, pada 2017, lima individu menerima kecaman hebat kerana memanjat arca gergasi perkataan ‘Ipoh’.
Bagaimanapun, selepas aktiviti mereka itu viral, kelima-lima individu berkenaan tampil untuk membuat permohonan maaf.
Must-Watch Video