Laman Utama

[VIDEO] Pelakon Drama 'Adam & Hawa', Elfaeza Ul Haq Kongsi Kisah Perjalanan Hidup Bersama Ustazah Asma, Akui Dunia ‘Glamour’ Tak Pernah Indah

gempak
Asyikin Mayudin
26/10/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Pelakon Drama 'Adam & Hawa', Elfaeza Ul Haq Kongsi Kisah Perjalanan Hidup Bersama Ustazah Asma, Akui Dunia ‘Glamour’ Tak Pernah Indah
Perkongsian mengenai perjalanan kehidupan glamour bekas pelakon Diana Amir dan Elfaeza Ul Haq bersama pendakwah terkenal Ustazah Asma menarik perhatian netizen.
Memuji perubahan yang dilakukan Diana dan Elfaezah, Ustazah Asma pada mulanya beranggapan mereka seronok menjalani kehidupan selebriti yang dilihat indah dan mengasyikkan.
“Dari free hair, sampai la… cuba tengok sarung tangan, stokin. Bukan perkara mudah, dunia glamour itu sangat indah, sangat mengasyikkan. Masa zaman glomour tu seronok?” kata Ustazah.
Bagaimanapun Diana dan Elfaeza dengan pantas menjawab dunia glamour itu tidak seindah seperti yang disangka namun minat kepada lakonan membuatkan mereka pernah berada di industri.
Malah Elfaeza yang sebelum ini terkenal menerusi drama Adam & Hawa turut mengakui dia berasa tidak seronok apabila terpaksa bersiap hanya semata-mata untuk berada di acara hiburan atau temu bual di kaca TV.
“Minat hanya pada berlakon, benda lain tak suka langsung… benda itu tak pernah indah. Bagi saya, serabut bila pergi event tu kena bersiap tak best.
“Kena interview untuk TV pun tak best, gosip lagi tak best… Alhamdulillah, tak ada la gosip sangat. Yang kita suka buat tu adalah berlakon saja,” katanya.
Suka dengan respon yang diberikan, Ustazah Asma berkata ramai dalam kalangan generasi muda melihat dunia selebriti penuh dengan kemewahan dan kemasyhuran.
“Bagus respon diorang ini, memang nampak jujur… Insya-Allah memang jujur. Lagi-lagi orang muda tengok ‘bestnya jadi artis, glamour, semua hidup mewah. Lepas tu, orang semua nak masyhur.
“Jadi, ujian nak masyhur ini menjadi amat dahsyat akhir zaman ini. Bila masing-masing buat apa saja untuk glamour. Jadi kamu berdua kata tak seronok, rupa-rupanya Allah jadikan orang Islam, muslim bila buat sesuatu bertentangan syariat, Allah tarik rasa seronok tu.
“Dia seronok macam luaran saja tapi hati tak tenang, rasa gelisah dan serabut,” ujar Ustazah.
Menurut bekas pelakon kelahiran Singapura itu, dia hanya berniat untuk mencari rezeki buat keluarga dengan memaksa diri melakukan kerja yang tidak disukai.
“Buat sebab niat untuk cari nafkah keluarga saja. Minat berlakon dan menghiburkan orang dengan bakat yang diturunkan Allah. Tapi contoh kalau nak pergi promosi atau photoshoot, macam satu beban yang terpaksa dilakukan atas mendapat kerja lain.
“Bila nak lakukan sesuatu untuk promosi, rasa macam terpaksa. Sama juga buat kerja lain, tapi ada bahagian kerja yang kita tak suka tapi kena buat sebab dah kerja,” katanya. Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@teddybear_purple #artishijrah #dianaamir #elfaezaulhaq #hijrahartis #hijrah #temubual #ustazahasmaharun #uah #kotamadinah #madinahalmunawaroh #redhaallah #penghijrahan #artismalaysia #artissingapore ♬ Nur Tuhan - Hijjaz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live