LAMAN UTAMA
[VIDEO] Peminat Wanita ‘Tak Keruan’ Tengok Sharnaaz Ahmad Ketika Tiba Di Mahkamah - “This Is What I Said When I Want A Duda”
Video memperlihatkan ketibaan pelakon Sharnaaz Ahmad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu lalu turut menarik perhatian netizen terutama peminat wanita di laman sosial.
Menerusi perkongsian video di pemilik akaun TikTok Syazashudais, Sharnaaz kelihatan segak bergaya dengan memakai kemeja biru gelap dan cermin mata hitam.
Rata-rata netizen di ruang komen di perkongsian itu terpikat dengan penampilan Sharnaaz dan menggelar aktor terkenal itu sebagai ‘duda paling hot’.
“Handsome dari pertama kali dia belakon sampai la aku minat tapi tak kesampaian jumpa depan mata. Kalau jumpa, aku sawan.
“Jangan sampai aku suka pada duda pula kang. Risau duk ulang-ulang video ni aiyo.
“This is what I said when I want a duda (Inilah apa yang saya cakap bila saya nak seorang duda),” komen peminat wanita.
Terdahulu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Kuala Lumpur selepas dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, Sharnaaz dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 27 tahun di kawasan lif dan pintu masuk sebuah kondominium di Jalan Dutamas, pukul 8.30 malam pada 16 Jun tahun lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini. _48.png)
@accdeleted88_ #sharnaazahmad ♬ dawet jembot ireng - ?? ????
_48.png)
Must-Watch Video