gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
VIRAL
"Itu Jalan Pertama & Terakhir..." - Pilu, Abang Reda Pemergian Adik Sekeluarga Nahas Di Jerantut
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

[VIDEO] Pengabdi Setan 2 Shooting Di Apartment, Tara Basro: “Ibaratnya Syaitan Ada Di Mana Mana”

gempak
Maliah Surip
17/06/2022
14:52 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Pengabdi Setan 2 Shooting Di Apartment, Tara Basro: “Ibaratnya Syaitan Ada Di Mana Mana”
Filem seram arahan sutradara terkenal Indonesia, Joko Anwar, Pengabdi Setan 2: Communion akhirnya ditayangkan kepada karyawan seni tempatan.
Karya tersebut menjadi fenomena setelah pertama kali ditayangkan pada tahun 2017 dengan penampilan aktor berprolifik dari Malaysia iaitu Bront Paralae dan aktres republik tersebut, Tara Basro.
Masih terbabit dengan sekuelnya, Tara Basro mengatakan filem kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama.
Malah, dia mengaku terkejut saat pertama kali datang ke lokasi penggambaran. Hal itu lantaran, latar belakang kediaman Pengabdi Setan 1 iaitu di rumah persendirian sudah tidak wujud.
Sebaliknya, Pengabdi Setan 2: Communion mengambil latar penggambaran di apartment usang yang telah ditinggalkan selama 15 tahun.
“Set atau lokasi penggambaran filem ini bukan lagi di sebuah rumah persendirian. Tapi di sangat berbeza apabila dirakamkan dalam apartment yang sudah 15 tahun tidak didiami.
“Jadi jujurnya sewaktu sampai ke lokasi saya sangat terkejut. Saya tanya ‘benar kita akan lakukan penggambaran di sini?’,’kata aktres itu seperti dilaporkan Kompas.
Meski terkejut, dia mengaku teruja dengan pemilihan apartment tersebut sebagai lokasi penggambaran.
“Sensasinya berbeza dan banyak yang kami terokai di apartment ini. Ibaratnya ada setan di mana-manaya," kata Tara berseloroh.
Selaku sutradara, Joko mengaku memilih apartment tersebut kerana berasa karakter seram yang dimahukan untuk sekuel ini ada di kediaman tersebut. Untuk menjaga privasi dan menimbulkan rasa seram, lokasi tersebut ditutup oleh tim produksi sehingga filemnya ditayangkan pada awal Ogos depan.
Pengabdi Setan 2: Communion akan masih dibarisi bukan sahaja Tara Basro dan Brontm tetapi juga Endy Ardian, Nasar Anuz, Egi Fedly, dan Ayu Laksmi.
Topic Berkaitan
#Filem
#Indonesia
#Joko Anwar
#Tara Basro
#Shooting
#Apartmen
#Pengabdi Setan 2
Must-Watch Video