Umum mengetahui 19 November ini merupakan hari yang penting buat rakyat Malaysia apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh tersebut merupakan hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pastinya mereka yang akan keluar mengundi di kawasan jauh sudah pun merancang perjalanan dengan baik selain tidak sabar untuk memilih calon dan parti pilihan mereka untuk memacu kerajaan kelak.

Namun lain pula cerita apabila netizen ‘menyibuk’ dengan mengajukan soalan kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dengan bertanyakan sama ada mereka akan keluar mengundi atau tidak.

Menerusi ruangan komen pada satu hantaran video yang dimuat naik Hairul di TikTok miliknya, segelintir netizen bertanya kepada aktor tersebut mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia selain mengingatkan dia untuk keluar mengundi pada 19 November ini.

“Tahun ini pergi mengundi tak?” komen seorang netizen.

“Abang jangan lupa mengundi tahun ini,” kata seorang warganet.

“Assalamualaikum, abang Hairul Azreen, tahun ini turun mengundi tak?,” ujar seorang wargamaya.

Begitupun, masih tiada sebarang respon daripada Hairul mengenai soalan yang diajukan tersebut.

Terdahulu, Hairul dan Hanis dilaporkan tidak hadir mengundi pada PRU14 yang berlangsung kira kira empat tahun lalu iaitu pada Mei 2018.

Mengakui kesalahan yang dilakukan itu, Hairul menjelaskan alasannya tidak hadir adalah disebabkan tuntutan kerja.

@hairul_azreen88 Bila tgok video ni, baru saya perasan, kami borak sama mcm baru couple dulu ? @Hanis Zalikha ♬ Terima Kasih Cinta - Afgan

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!