,
Laman Utama

[VIDEO] Puteri Sarah Kongsi Penjelasan Dr Mashitah Mengenai Poligami - “Kalau Nak Kahwin, Jangan Ada Penganiayaan…”

Asyikin Mayudin
19/01/2023
23:55 MYT
Kemelut rumah tangga selebriti Puteri Sarah Liyana dengan suaminya pengarah Syamsul Yusof yang berkahwin dengan Ira Kazar masih menjadi topik hangat di laman sosial sehingga kini.
Puteri Sarah menerusi Instastory miliknya berkongsi video Datuk Dr Mashitah Ibrahim memberi penjelasan mengenai poligami dalam Islam.
Islam Mengawal Melalui Undang-Undang
“Islam tak pernah memperkenalkan poligami dan Islam tak suruh pun poligami. Sewaktu Islam datang, poligami itu sudah pun menjadi budaya dalam masyarakat ketika itu.
“Jadi bila Islam datang, apa yang Islam buat, Islam mengawal poligami ini melalui undang-undang selain membetulkan dan membataskan poligami.
“Jadi, janganlah kita sebut asalkan Islam saja, orang fikir sunnahnya poligami… tak,” jelas Dr Mashitah.
Menurut Dr Mashitah, Islam juga menjadikan poligami bukan untuk penzaliman atau penganiayaan, sebaliknya ia sebagai kelonggaran untuk sebuah perkahwinan yang memerlukannya.
Bukan Untuk Penganiyaan & Penzaliman
“Betulkan macam mana? Kalau nak kahwin, jangan ada penganiyaan. Islam bataskan macam mana? Tak boleh lebih daripada empat Islam dan dikawal supaya tiada penganiayaan.
“Sebab itu kita tengok bila ayat yang bercakap tentang poligami ini, dia bercakap dulu tentang anak-anak yatim supaya tidak ada penzaliman.
“Jadi, Islam ambil poligami ini sebagai kelonggaran dalam sebuah perkahwinan yang memerlukannya. Jadi kita anggap la poligami ini macam satu ubat bagi keluarga yang ada masalah,” ujarnya.
Tegas Dr Mashitah, biarpun poligami dibenarkan dalam Islam namun ia bukan la satu hak untuk seorang suami itu berkahwin lain hanya semata-mata ingin memenuhkan kuota.
Jangan Salah Faham Dengan Agama
“Keluarga yang tiada masalah ini, makan ubat buat apa kalau kita duk sihat macam ini, makan ubat itu maknanya cari penyakit. Janganlah kita salah faham dengan agama kita yang menganggap poligami ini satu hak.
“Dia ingat hak dia ke kena isi kuota… tak! Jadi nasihat Makteh, kalau belum buat, tiada keperluan, janganlah buat. Tapi kalau dah terbuat, apa boleh buat,” tegasnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@drmashitah_official Jangan salah faham. Kenal agama kita. #dmi #makteh #fyp #hello2023 ♬ original sound - Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”

gempak
13/11/2024
07:55 MYT
Perkongsian video di Instagram Syamsul Yusof memperlihatkan pengarah itu sedang menjalani penggambaran filem seram terbaharunya berjudul Khawarij menarik perhatian warga maya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berada Di Pentas Komedi Pencapaian Besar Untuk Puteri Sarah Liyana - “Saya Belajar Untuk Buat Lawak Secara…”

gempak
10/11/2024
09:55 MYT
Tersingkir di minggu suku akhir pada Ahad lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanapun berkata dia banyak belajar sepanjang berada di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Hiburan

Patimah Ismail Kongsi Gambar ‘Throwback’ Yusof Haslam & Syamsul Yusof ,Netizen Syukur Hubungan Semakin Erat - “Alhamdulillah... Syukur Ya Allah”

gempak
08/11/2024
03:55 MYT
Menerusi hantaran di Instagram, Patimah tidak menulis sebarang kapsyen namun pada gambar tersebut tertulis “tak semua rindu itu mampu diluah dengan kata-kata”.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tersingkir Minggu Ketujuh, Kumpulan Gebu Tetap Syukur Sampai Ke Suku Akhir - “Kami Jangka…”

gempak
07/11/2024
04:55 MYT
Kumpulan Gebu tidak menyangka mereka akan bertahan di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) sehingga minggu suku akhir pada Ahad lalu.
Terkini

Puteri Sarah Anggap Perceraian Bukan Satu Trend’ - “Siapa Yang Mahu Berakhir Dengan Kekecewaan…”

gempak
07/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyelar tindakan segelintir pihak yang menganggap perceraian selebriti seperti mengikut ‘trend’.
Unitar