,
Laman Utama

[VIDEO] Rapper Singapura Dapat Idea Cipta Lagu Ketika Tukar Duit Nak Datang KL - "Rasa Pelik Tapi Ingatkan Saya ..."

Amri Hassan
13/11/2022
06:39 MYT
Bintang rap Singapura, YHB Sleepsalot kembali tampil dengan single baharu berjudul Tukar Currency.
Sejak sempadan negara dibuka beberapa tahun lalu, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah Malaysia, dan sebaliknya.
Ia turut dirasakan YHB Sleepsalot yang tidak bertangguh ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac lalu di mana dia dapat bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri rap.
Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri, lantas ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau keluar dari Singapura.
"Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu.
"Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan saya betapa pentingnya melawat KL. Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. Ia benar-benar buatkan saya terinspirasi," ujarnya.
Semua idea rasa itu kemudian dirangkumkan dalam Tukar Currency yang diterjemah ke bahasa Melayu daripada istilah Inggeris, Currency Exchange. Karya itu turut diserikan dengan kerjasama daripada SonaOne dan angggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness.
Shooting di KL Sejak mula berkarya dalam muzik, YHB ambil berat terhadap populariti diraihnya dari luar Singapura meskipun agak asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali menulis lirik.
Dia memiliki peminat dari Malaysia yang serta-merta menyukai corak rap tersendirinya selepas mendengar lagunya di platform penstriman dan media sosial.
YHB juga teringat semula betapa kota KL rasa dekat tapi masih asing di hatinya.
"Ia memberi saya peluang untuk mendewasa dan berkembang sebagai individu dan juga artis," tambahnya.
Muzik video (MV) Tukar Currency turut memberi kelegaan buatnya kerana dapat menjalani penggambaran sendiri di kota ini.
"Negara kita sudah ibarat bersaudara, baik rakyatnya, makanan, dan budaya. Begitu indah melihat persamaan mahupun perbezaan yang kita ada! Sekarang saya cuma ingin terus hasilkan lebih banyak muzik dan bekerjasama dengan pengkarya dari luar negara," tambahnya.
Tukar Currency kini boleh dinikmati di semua platform penstriman. Muzik videonya juga sudah boleh ditonton di YouTube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.