,
Laman Utama

[VIDEO] "Saya Pun Peminat Awak..."- Usahawan Tampil Minta Maaf, Nadia Brian Akui Sedih Diperguna Demi Content

Syafiqah Jalal
09/03/2023
05:43 MYT
Tular di media sosial sejak semalam dalam satu video di TikTok menunjukkan seorang usahawan pakaian yang dikenali sebagai Madam Mariyah menengking pelakon Nadia Brian di sebuah karnival di Johor Bahru.
Nadia dalam video berkenaan terpinga-pinga dan kelihatan segan silu dengan tindakan usahawan itu apabila bertanya secara rawak sama ada mengenali dirinya atau tidak secara memaksa dan menengking.
Malah Nadia menerusi akaun media sosialnya telah meluahkan rasa kecewa dengan tindakan wanita itu yang bertindak menengkingnya hingga memalukan di hadapan orang awam.
Bagaimanapun, Madam Mariyah semalam telah tampil dalam sebuah video di TikTok membuat permohonan maaf kepada Nadia.
Meskipun salah menyebut nama ‘Nadia Brahim’ , Madam Mariyah akui kesilapannya jika ia telah memalukan Nadia.
“Kepada Nadia Brahim (Nadia Brian), kalau pasal video berkenaan kalau benda tu memalukan… saya minta maaf dan jauh dari sudut hati saya tiada apa pun niat nak memalukan sebab saya pun peminat Nadia dengan lakonan menghidupkan watak.
“Bila ketika itu saya lihat kamu live dengan begitu cantik saya sangat teruja dan tak tahu pula pekerja saya bahagian content creator mengambil video berkenaan dan memuat naik ke TikTok sehingga ia viral.
“Saya minta maaf sangat kalau menyinggung hati awak tapi jauh di hati saya nak memalukan sesiapa,” katanya.
@mariyahholdings Replying to @ashasbeauty madam minta maaf . kalau ada masa datang lah ke kilang madam , MAAF KALAU SALAH SEBUT NAMA NADIA @Nadia Brian Goldring #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #mariyahholdings #johordarultakzim?? #kilangjahitpukal #soundtegak #hashtag ♬ Dj no Coment Di Putusin Pacarmu Di Tingal (Acoustic) - Onel1443
Nadia turut memuat naik permohonan maaf itu di InstaStory namun dalam masa yang sama masih menyifatkan tindakan pempengaruh itu sebagai melampau dan memalukan apabila dimarahi di hadapan orang ramai hanya kerana dia tidak mengenali usahawan itu.
Selain itu, Nadia turut memuat naik kembali video saat dia dimalukan bersama dengan penjelasannya yang akui sedih apabila dipergunakan sebegitu demi kandungan atau content.
Ramai yang tanya Nadia apa jadi. Ini lah yang terjadi. Nadia rasa sangat sedih di pergunakan seperti ni.Dirakam dan di post di sosial media tanpa pengetahuan Nadia.
“Nadia cuba untuk kawal perasaan dan respect dia sebagai orang yang lebih berumur daripada Nadia waktu itu. Tapi tak sangka pula boleh post. Sebab Nadia tak tahu ada kamera masa kejadian.
“Jangan lah rasa bila kita ada duit kita boleh buat macam-macam kat orang. Sampai hilang adab! Nadia pergi ke event untuk mencari rezeki sampai hilang suara menjual.Tapi tak sangka penat lelah ni dipergunakan seperti ini,” luahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

gempak
09/09/2024
01:07 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.
Hiburan

Tak Rimas Dengan Soalan Jodoh, Nadia Brian Dapat Banyak Mesej Lelaki Nak Kenal - “Saya Tak Tahulah Siapa Boleh Bersama Dengan…”

gempak
07/09/2024
06:55 MYT
Selagi masih memegang status ‘single’, pelakon Nadia Brian mengakui dia tidak berasa rimas mahupun penat dengan pertanyaan berkaitan jodoh.
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.
Hiburan

Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

gempak
05/09/2024
00:37 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza selepas empat tahun berpisah.
Hiburan

Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

gempak
03/09/2024
12:25 MYT
Selepas hampir tiga tahun berpisah, akhirnya hajat usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi tercapai.