Laman Utama
[VIDEO] “Sebilangan Besar Silap Tafsir, Itu Penjuru Yamani” - Nazim Othman Perjelas Salah Faham Kucup Hajar Aswad
Pelakon, Nazim Othman tampil menjelaskan salah faham netizen terhadap bahagian Kaabah yang dikucupnya ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.
Nazim menerusi perkongsian terbaharu di TikTok menyatakan bahagian yang dikucupnya itu adalah Penjuru Yamani dan bukannya Hajar Aswad seperti dakwaan yang tular sebelum ini.
“Video saya yang sebelum ini saya kongsikan dengan satu niat saja, agar yang melihat terdetik hati mahu ke tanah haram.
“Seminggu sesudah posting, video itu viral. Ramai yang menitipkan rasa sayu ingin menjadi tetamuNya, syukur alhamdulillah.
“Namun, sebilangan besar tersilap tafsir bahagian yang saya kucup itu adalah Hajar Aswar walhal ianya adalah Penjuru Yamani, iaitu bahagian batu asal kaabah yang tak pernah diubah.
“Blog-blog yang memuat naik kembali posting itu pun tidak bertanyakan kepada saya terlebih dahulu mengenainya,” jelasnya.
@nazoth
Video saya yang sebelum ini saya kongsikan dengan satu niat saja, agar yang melihat terdetik hati mahu ke tanah haram. Seminggu sesudah posting, video itu viral. Ramai yang menitipkan rasa sayu ingin menjadi tetamuNya, syukur alhamdulillah. Namun, sebilangan besar tersilap tafsir bahagian yang saya kucup itu adalah Hajar Aswar walhal ianya adalah Penjuru Yamani, iaitu bahagian batu asal kaabah yang tak pernah diubah. Blog-blog yang memuatnaik kembali posting itu pun tidak bertanyakan kepada saya terlebih dahulu mengenainya. Namun, dari perspektif yang positif dengan video itu sebagai asbab, sekurang-kurangnya ramai yang mula buka mata tentang struktur bangunan kaabah itu secara tidak langsung dan terdetik hatinya untuk menunaikan ibadah umrah / haji. Itu saja sudah cukup membuatkan saya bersyukur dengan posting yang bermanfaat. Terima kasih atas segala doa yang baik dan semoga Allah menetapkan takdir yang baik-baik untuk kita semua walaupun kita tak cukup baik. ?♬ Khanti (Original Soundtrack from Bidadari Bermata Bening) - Rossa
Bagaimanapun, Nazim berkata dia melihat dari sudut positif di mana perkongsiannya itu dapat membuka mata orang ramai mengambil tahu tentang struktur binaan Kaabah.
“Namun, dari perspektif yang positif dengan video itu sebagai asbab, sekurang-kurangnya ramai yang mula buka mata tentang struktur bangunan Kaabah itu secara tidak langsung dan terdetik hatinya untuk menunaikan ibadah umrah / haji.
“Itu saja sudah cukup membuatkan saya bersyukur dengan posting yang bermanfaat.
“Terima kasih atas segala doa yang baik dan semoga Allah menetapkan takdir yang baik-baik untuk kita semua walaupun kita tak cukup baik,” kongsinya.
Terdahulu, video perkongsian Nazim yang merakamkan dirinya berusaha mendekati Penjuru Yamani menjadi tular.
Walaupun diasak dengan ribuan jemaah di hadapan Kaabah namun Nazim tetap tenang dengan senyuman dan mengucup Penjuru Yamani.
Must-Watch Video