Laman Utama

[VIDEO] “Sejak Bila Jadi Ex?” – Netizen Baru Sedar Rupanya Elly Arifin & Jiggy Masin Sudah Bercerai

Shahrin Zulkifle
24/07/2022
05:00 MYT
Biarpun sudah dua tahun bercerai, masih ramai yang belum maklum akan perpisahan pasangan selebriti Elly Arifin dan pelawak Jiggy Masin.
Menerusi hantaran Elly 'Hosting Bersama Ex Husband' di TikTok baru-baru ini, ramai wargamaya yang baru menyedari bawa pengacara itu sudah berpisah dengan suami yang dikahwininya pada 2016 itu.
“Eh aku sorang sahaja ke yang baru tahu mereka dah bercerai.
“Baru tahu, ingatkan masih together. Apa-apapun awak berdua nampak baik begini.
“La, sejak bila mereka dah jadi ex? Dah lama ke?
“Aku ketinggalan berapa bas ya? Tak tahu mereka dah bercerai,” antara komen wargamanya di ruangan balas.
Difahamkan, video TikTok tersebut dirakam ketika mereka digandingkan sebagai pengacara bersama dalam program Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) Live Plus yang bersiaran langsung pada Jumaat lalu.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 700,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.
Untuk rekod, Elly dan Jiggy telah disatukan sebagai suami dan isteri pada September 2016. Namun usia perkahwinan mereka cuma bertahan untuk tempoh lima tahun sahaja sebelum masing-masing membuat keputusan untuk berpisah secara baik pada 2020.
Sementara itu, MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
@elly_arifin Betul ke macam ni cara dia? Macam lain je ? #MuzikalLawakSuperstar3 #MuzikalLawakSuperstar3LivePlus #fyp #fypシ ♬ Still Handsome - KimNana - ????????????♡
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).