Resepsi perkahwinannya berlangsung pada 23 Disember lalu, namun, video memperlihatkan Nureen Qistina memetik gitar dan mengalunkan lagu rock popular, Canon kembali tular dalam kalangan pengguna media sosial.

BERITA TRENDING: Netizen Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bak ‘Pasar Malam’, Pengantin Kongsi Kos Bagi Satu Gerai

Menerusi video berkenaan, Nureen yang mengenakan gaun putih dilihat begitu profesional, seperti sudah begitu arif dengan instrumen berkenaan.

Bagi yang tidak mengenali Nureen, wanita berusia 29 tahun itu merupakan bekas anggota kumpulan Xpose Band.

@cheahcheih Performance by my cousin at her own wedding ??@Nureen Qistina ♬ original sound - Syerah

Bagaimanapun, dia yang aktif bermain bersama Xpose Band dari 2021 hingga tahun lalu telah pun meninggalkan kugiran berkenaan, selepas kontraknya tamat pada April 2023.

Memetik laporan Berita Harian Singapura, Nureen berkata, dia pernah mengimpikan untuk bermain gitar pada majlis perkahwinannya.

“Dahulu saya pernah bertekad bahawa kalau saya melangsungkan perkahwinan saya akan mainkan satu lagu untuk suami saya kerana saya membesar dengan gitar sejak usia 11 tahun.

“Sejujurnya saya sediakan persembahan itu sendiri sebab nak kejutkan keluarga juga,” tambahnya.

Bercerita tentang persembahannya, Nureen memberitahu yang ahli keluarga serta suami menyokong keputusannya untuk membuat persembahan itu.

“Keluarga dan suami sangat sporting, terutamanya ibu saya memang galakkan.

“Saya bersyukur kerana keluarga menyokong saya,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Akhirnya Hun Haqeem Dapat Berlakon Bersama Crush

Gitar buatan Gibson, edisi khas ulang tahun ke-10 model gitar bentuk itu merupakan hadiah istimewa daripada ayah Nureen atas kecemerlangannya dalam bidang muzik sewaktu beliau masih menuntut pengajian muzik di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam.

Untuk rekod, Nureen merupakan kakak kepada pelakon popular, Hun Haqeem.

Sumber: Berita Harian Singapura