Laman Utama
[VIDEO] “Sepanjang Hidup, Saya Teringin Ke Makkah” - DJ Khaled & Mike Tyson Tunai Umrah, Tak Dapat Tahan Sebak Lepas Tawaf
Lagenda sukan tinju, Mike Tyson bersama selebriti terkenal Hollywood, DJ Khaled kini berada di Makkah untuk menunaikan Umrah.
Berita itu dikongsi sendiri oleh DJ Khaled menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Video itu merakamkan situasi di Makkah dan wajah mereka yang tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.
Advertisement
“Saat saya berjalan di Makkah, air mata saya bercucuran, air mata kegembiraan. Sepanjang hidup saya, saya ingin pergi ke Makkah untuk berdia dan menyatakan rasa syukur kepada Allah.
“Saya berdoa agar dunia dipenuhi dengan lebih banyak rasa cinta, kehidupan, kedamaian, kegembiraan, kebahagiaan, kesihatan dan perlindungan untuk kita semua.
“Allah Maha Besar! Sungguh indah bagi kita semua untuk berada di sini. Berkatilah saudaraku @miketyson,” coretnya.
Terdahulu, Mike Tyson dilaporkan telah memeluk Islam ketika dia di dalam penjara pada tahun 1992.
Setelah memeluk Islam, namanya menjadi Malik Abdul Aziz.
Sebelum ini, pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan juga menjadi bualan selepas tular foto merakamkan dirinya berihram dan berada di Makkah dipercayai menunaikan umrah.
Must-Watch Video