gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

[VIDEO] "Separuh Gila Saya Dibuatnya" - Kisah Menyayat Hati Kucing Mati Lemas Terperangkap Banjir Kilat

Amri Hassan
Amri Hassan
20/07/2020
03:46 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Separuh Gila Saya Dibuatnya" - Kisah Menyayat Hati Kucing Mati Lemas Terperangkap Banjir Kilat
Kejadian banjir kilat yang melanda kawasan Kajang dan Hulu Langat baru-baru ini meninggalkan impak mendalam kepada penduduk setempat.
Selain kerosakan harta benda, kisah haiwan peliharaan yang mati selepas terperangkap di dalam sangkar turut menyentuh hati ramai.
Berkongsi peristiwa menyayat hati itu, kata seorang pemilik hotel haiwan peliharaan Asrol Adizar, lima ekor kucing mati dan dua hilang selepas kejadian banjir kilat itu.
"Dugaan paling perit... Selama ni biasa tengok kejadian banjir yang berlaku kat mana-mana, pantas mulut mendoakan agar urusan mangsa musibah tu dipermudahkan urusan.
"Tapi bila kali ni terjadi pada diri sendiri... Hanya Allah yang tahu betapa peritnya rasa.
"Selama tiga tahun lebih saya tinggal di sini, inilah pertama kali berlakunya banjir seteruk ni... Saya memang tak fikir lain, teringat budak-budak (kucing) kt rumah je.
"Apakan daya... Saya terlambat. Joker, Goblin, Putih, Dik Chik dan Baby Boo terkorban. Jagger dan Manja hilang tanpa dapat dikesan... Separuh gila saya dibuatnya," katanya.
Posted by Asrol Adizar on Saturday, July 18, 2020
Menerusi visual yang dikongsikan di Facebook, Asrol tidak mampu berkata-kata selain mengucapkan kalimah Ya Allah sambil tercungap-cungap ketika meninjau kawasan rumahnya.
"Tak mampu nak kata apa... Segalanya rosak... Pemilik kucing-kucing yang terkorban pun saya dah beritahu.
"Saya faham mereka turut bersedih...this is really unexpected event. Perit...and it really hurt.
"Tapi mereka pergi ke tempat yang lebih bahagia dari sini," tambahnya.
Kejadian banjir kilat yang melanda 41 kawasan di lima daerah di Selangor pada Sabtu lalu menyebabkan 265 penduduk daripada 62 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Topic Berkaitan
#Kajang
#Banjir Kilat
#Kucing Lemas
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement