Perkongsian video memperlihatkan penyanyi Shiha Zikir memberi makanan kepada tiga ekor anjing mendapat perhatian netizen di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Shiha turut mengakui dia berasa bimbang sekiranya secara tidak sengaja bersentuhan dengan haiwan tersebut.

“Shooting ditemani anjing-anjing comel ni… baik saja dorang. Hurm part last itu, punyalah risau takut terkena,” kongsi Shiha.

Rata-rata netizen memuji sikap Shiha yang sentiasa bermurah hati biarpun dengan haiwan selain mendoakan penyanyi yang juga pelakon itu dilemparkan rezeki yang lebih luas.

“Terima kasih kerana berkongsi rezeki dengan mereka. Semoga dimurahkan rezeki buat kamu atas kebaikkan yang kamu lakukan.

“Thank you so much sis bagi makan kat mereka! Semoga makin murah rezeki sis! I love you.

“Bagus Shiha… berbuat baik tanpa perlu menyentuhnya,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun terdapat netizen yang turut meninggalkan pesanan agar penyanyi lagu AEWO itu membersihkan diri dengan samak dengan air dan pasir.

“Balik jangan lupa mandi samak dengan air dan pasir ok kak Shiha,” komennya.

Tidak mahu komen itu menjadi salah faham, Shiha menjelaskan dia tidak perlu melakukan perkara tersebut memadangkan tiada bersentuhan.

“Tak perlu sebab tak kena pun hehe,” balas Shiha di ruang komen tersebut.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)