Laman Utama

[VIDEO] “Shooting Time” - Syamsul Yusof Mohon Doakan Filem The Original Gangster

Mya Amri
15/01/2023
02:34 MYT
Walaupun kini hal rumah tangganya hangat diperkatakan namun itu tidak menghalang pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk terus menghasilkan karya terbaik.
Terbaharu, menerusi video pendek di akaun Instagram miliknya, Syamsul berkongsi perkembangan filem terbaharu arahannya berjudul The Original Gangster.
Dalam video tersebut, Syamsul berkata dia berharap orang ramai dapat menyokong filem tersebut.
“Shooting time. Doakan. The Original Gangster,” ujar Syamsul ringkas sambil tersenyum manis.
Video itu juga merakamkan Syamsul yang berada di set penggambaran bersama anak lelaki legenda seni tanah air, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat.
“Dengar cerita awak menang kes (mahkamah). Alhamdulillah. Hai semua, kalau kalian tak tahu, ini adalah anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Al-Fatihah,” maklumnya.
The Original Gangster menjadi antara filem yang tidak sabar ditunggu oleh penonton kerana dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.
Untuk info, antara karya Syamsul yang berjaya mencatatkan sejarah adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan panggung RM97 juta di pawagam tahun lalu.
Terdahulu, nama Syamsul menjadi panas selepas mengaku sudah bernikah dengan isteri kedua, Ira Kazar berwalikan bapa pengantin perempuan tersebut di Thailand, baru-baru ini.
BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga kini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ira Kazar Muncul Dengan Penampilan Baharu, Nampak Lebih Berisi & Wajah Berseri Main Dengan Anak Kecil

gempak
07/06/2024
04:56 MYT
Sudah agak lama tidak mendengar khabar tentang isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Hiburan

Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil

gempak
08/05/2024
06:50 MYT
Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.
Hiburan

Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

gempak
07/05/2024
02:30 MYT
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.
Hiburan

Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya

gempak
17/04/2024
05:55 MYT
Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Patimah Ismail tetap akan menjaga ukhwah yang terbina bersama kedua besannya iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh meskipun anaknya, Syamsul Yusof sudah berpisah dengan Puteri Sarah Liyana. Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam, 70, berkata, sehingga ke h
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Rasa Beban Uruskan Anak Sambil Bekerja - “Waktu Saya Rehat Bila Mereka Sudah Tidur”

gempak
13/04/2024
08:57 MYT
Sarah seronok uruskan anak & bekerja.