Telatah penyanyi Mas Idayu, 50, ketika majlis bersiram sempena persediaan perkahwinannya mencuit hati wargamaya.

Menerusi perkongsian terkini di laman Instagram, penyanyi dangdut itu dilihat menyiram dirinya sendiri beberapa kali menggunakan gayung yang berisi air sambil disaksikan orang yang berada disekelilingnya.

Bertambah lucu lagi apabila Mas Idayu yang manis mengenakan pakaian tradisional berwarna krim ketika itu sempat menanggalkan bulu mata palsu yang dipakai sebelum menyiram dirinya sendiri.

Dalam pada itu, Mas Idayu atau lebih mesra disapa mommy sempat bergurau dengan mengatakan “Kau sakit hati dengan aku ke apa” kepada rakannya dalam video berkenaan.

Ternyata telatah lucu penyanyi lagu Cintaku 100% itu membuatkan pengikut Instagramya sama terhibur.

“Buat hal la mommy hahaha.

“Kemain lagi masing-masing kenakan mommy, saja balas dendam haha.

“Naik seri mommy, lawak betul.

“Lawak jugak mommy ni,” antara komen yang ditinggalkan.

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Majlis Bersiram Mas Idayu telah berlangsung di Telaga Bunga Spa, Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur pada Ahad.

Majlis cukup meriah itu turut dihadiri keluarga terdekat dan kenalan Mas Idayu serta beberapa rakan media.

Terdahulu Mas Idayu mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan bersama lelaki pilihan iaitu Muhammad Sufian Che, 51, pada 16 September depan.

Malah dikatakan perkahwinan Mas Idayu dan Sufian bakal menjadi ‘wedding of the year’ kerana menerima tajaan sehingga RM7 Juta ringgit.

BACA: Mas Idayu Umum Nikah Pada Hari Malaysia, Terima Tajaan Anggaran RM7 Juta