Laman Utama
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Pelakon Reen Rahim melahirkan rasa syukur apabila sudah selesai majlis menyambut menantu di sebelah keluarga suaminya yang diadakan pada hujung minggu lalu.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Reen dan suami turut bersanding bersama pasangan lain yang juga merupakan adik iparnya.
“Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu belah suami. Sederhana tu indah. Tapi aku macam nak pang saja adik ipar aku, dia ingat dia nak pergi perang ke muka macam tu,” kata Reen.
Bagaimanapun rata-rata netizen memuji sikap Reen yang tidak kisah bersanding bersama adik ipar dalam majlis yang diadakan secara bersederhana biarpun dia bergelar seorang selebriti.
“Sumpahlah... dia artis kot tapi dia tak kisah pun sanding dengan pasangan lain juga. Ala kadar saja kendurinya. Respect Reen. Memang the best.
“Jarang nampak retis buat kenduri stail kampung. Dah la lawa, tak sombong, hebat la… langsung tak tebalkan muka, tak takut jatuh standart pun… bagus la kak Reen.
“Weh I respect dengan dia ni sebab rilek saja sanding sama-sama dengan adik ipar,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Reen sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya pada 24 Disember tahun lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@reenrahimmy Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu belah cuami.. Sederhana tu indah .. Tp aku macam nak pang je adk ipar aku, die igt die nk pg perang ke muke mem tu anat.. #hazreentilljannah #reenrahim ♬ original sound - Reenrahim
Must-Watch Video