Pelakon Amelia Henderson tampil menjelaskan situasi sebenar susulan dakwaan tidak bersikap profesional dengan membatalkan kontrak perjanjian sebuah drama terbitan A Aida Production Sdn Bhd.

Amelia menerusi sepotong video yang di muat naik di akaun Instagram miliknya hari ini menjelaskan perkara tersebut.

Amelia menegaskan segala tuduhan terhadap dirinya adalah tidak benar sama sekali.

“Hari ini saya melakukan video ini untuk membuat satu kenyataan mengenai isu saya melanggar kontrak saat akhir.

“Tanpa prejudis saya ingin menyatakan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap saya adalah sama sekali tidak berasas dan tidak benar.

“Saya sangat terkejut bila dapat tahu tentang sidang media dan saya mendapat tahu secara online ketika saya sedang bekerja.

“Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara bertutup tanpa melibatkan media atau orang awam. Saya faham kontrak itu tetapi saya tidak melanggarnya,” ulasnya.

Dalam video yang sama Amelia mendakwa selepas menandatangani kontrak, watak dalam skrip yang diterima adalah tidak sama seperti mana yang ditawarkan ketika awal perbincangan sebelum ini.

“Kami tanda tangan kontrak pada Februari dan mengikut nota saya penggambaran sepatutnya bermula pada 20 Mei hingga 17 Ogos.

“Apabila saya tanda tangan kontrak itu saya belum dapat skrip penuh atau pun sebarang tarikh tetap bila penggambaran akan dimulakan.

“Saya dapat sinopsis tentang karakter dan saya sangat-sangat teruja nak terlibat dalam projek ini.

“Baru-baru ini pada Mei, penggambaran belum dimulakan lagi. Skrip belum dapat lagi dan kita semua tertunggu-tunggu nak dapat tahu bila kita boleh mulakan produksi ini.

“Disebabkan saya dah buat keputusan untuk tanda tangan kontrak ini, saya bersedia untuk beri kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya pada produksi ini.

“Masa saya mula-mula tanda tangan kontrak pada. Februari, saya diberitahu watak yang saya pegang dalam cerita ini adalah sebagai watak utama tentang seorang wanita yang kuat. Tetapi apabila mendapat skrip ia adalah sebaliknya.

A post shared by ?????? (@ameliath)


“Jalan cerita dan dialog ada banyak point mengenai domestic violent dan beberapa perkara lain yang membuatkan saya sangat-sangat tertekan dan risau.

“Saya faham tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon adalah untuk menjiwai watak yang diberikan.

“Tetapi dalam masa yang sama sebagai seorang pelakon atau pun public figure ada tanggungjawab juga untuk memberikan contoh baik dan kesan yang positif kepada masyarakat.

“Apabila saya membaca skrip ini ia bertentangan dengan prinsip saya dan saya tidak boleh menerimanya. Lagi teruk apabila skrip itu tidak sama dengan apa yang saya diberitahu bila saya terima kerja ini.

“Sebagai wanita saya tidak boleh nak menjiwai watak ini dan ia bukan apa yang saya persetujui sebelum ini.

“Macam yang saya selalu cakap, keutamaan saya adalah penonton kerana saya adalah seorang pelakon,” jelasnya.

Selain Amelia, pelakon Idris Khan juga tampil menegaskan beberapa dakwaan terhadapnya dalam sidang media baru-baru ini tidak tepat.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama pada hantaran terbabit, difahamkan ia merujuk kepada isu penerbit terkenal Datuk A.Aida yang ingin menyaman Idris dan Amelia dalam satu sidang media pada Jumaat.

BACA: Idris Khan Terkejut, Dakwa Difitnah - “Ada Pihak Guna Kedudukan & Kuasa Dengan Peras Ugut”

Terdahulu, Amelia Henderson dan Idris Khan didakwa telah melanggar penjanjian kontrak penggambaran sebuah drama terbitan A Aida Production, Sekali Lagi Cinta Kembali dan menarik diri pada saat akhir dengan alasan tidak munasabah.

Ekoran penarikan diri itu, A Aida berkata pihaknya menanggung kerugian produksi sebanyak lebih kurang RM150,000.