Kemunculan pertama pelakon Syafiq Kyle dalam Polis Evo 3 pasti membuatkan peminatnya tidak sabar lagi untuk menonton filem aksi komedi terhebat itu.

Berkongsi mengenai pengalaman berlakon dalam filem tersebut, Syafiq berkata dia berpeluang menggunakan senjata yang seakan-akan sama seperti yang sebenar dan berpakaian sut lengkap.

“Pengalaman saya, yang saya ingat… saya kena draw. Draw ini yang keluarkan gun tu kan. Setiap hari saya kena draw. Almost thousands draws dalam tiga jam.

“Eh apa aku kena buat ini kan. Tapi bila saya ada dekat set, dengan draw seribu kali, setiap hari, tiga hari, empat hari, saya buat tu, dia bagi saya satu sharpen tau.

“Solid movement yang saya boleh gunakan on set. Weapon yang kita gunakan tu, berat dia berat yang original. Mungkin dia mockup tapi berat dia yang original sebab dia sekali dengan sut.

“So dia kena pakai plate, dan berat yang original supaya pergerakan itu nampak original la,” kata Syafiq menerusi video yang dimuat naik di Instagram Astro Shaw.

Dalam pada itu, Syafiq turut mengajak semua orang menonton filem yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 25 Mei ini.

“Apa yang saya suka konsep yang berbeza yang diletakkan dalam Polis Evo 3, so korang kena pergi tengok,” ujarnya.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.