Kisah seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit Alobar Holoproscencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala telah tular di seluruh media sosial.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohamad Bilal Yusra itu difahamkan telah menanggung derita penyakit tersebut sejak dilahirkan lagi.

Kisah menyayat hati Bilal yang kini berusia dua tahun itu telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof.

Menerusi perkongsian yang di muat naik di Instagram, Syamsul jelas sedih dengan sakit yang ditanggung Bilal dan meminta orang ramai mendoakan kesembuhan kanak-kanak tersebut.

“Baru sahaja saya tertengok satu artikel berkenaan seorang adik ini, ada ketumbuhan dekat kepala dia.

“Memang sedih sangat bila tengok keadaan dia, mohon semua doakan kesihatan adik itu.

“Siapa yang ada rezeki boleh tolong sedekah bantu ringankan bebanan keluarga dia. Biarpun tidak bantu melalui duit boleh bantu melalui doa,” kongsi Syamsul.

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Sementara itu, di ruangan balas ramai wargamaya yang turut menitipkan doa buat Mohamad Bilal.

Terdahulu, ayah kepada Mohamad Bilal, Mohamad Azhar melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan bantuan berbentuk wang bagi membiayai kos perubatan anaknya itu.

Difahamkan juga, saiz kepala kanak-kanak itu kini semakin membesar sehingga mencapai berat 28 kilogram(kg).