,
Laman Utama

[VIDEO] Tak Puas Hati Disaman, Pemandu Jentolak ‘Naik Hantu’ Sodok Kereta JPJ - “Kental Hati Abang Ni Tak Takut JPJ”

Izwan Isa
30/06/2022
22:50 MYT
Kalau ikutkan emosi, apa pun boleh jadi. Mungkin kenyataan itu tepat menggambarkan sepotong video yang viral di media sosial baru-baru ini.
Menerusi rakaman video berkenaan, kelihatan sebuah jentolak bertindak menyodok sebuah kereta rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga menyebabkan kenderaan tersebut bergolek dan cerminnya pecah.
Menerusi perkongsian netizen di Twitter, difahamkan kejadian yang berlaku di Keningau, Sabah itu tercetus apabila pemandu jentolak berkenaan naik hantu kerana disaman akibat tiada lesen memandu kelas F. Disebabkan hal itu, pemandu berkenaan terus menyodok kenderaan JPJ yang berada di hadapannya sehingga kenderaan tersebut berguling dan mengalami kerosakan.
Difahamkan, selepas video berkenaan viral, pihak polis telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut.
Meninjau ruangan komen, netizen rata-rata memberikan pendapat yang berbeza tentang kejadiaan itu.
“Kental hati abang ni tak takut dengan JPJ. Kita kalau nampak JPJ buat roadblock hati terus berdebar walaupun tahu tak ada buat kesalahan.”
“Kesian pulak kat pakcik tu, dah la kena saman lepas ni mesti kena denda atau penjara sekali.”
“Terlampau ikut hati marah. Denda pandu tanpa lesen tak seberapa, boleh dikompaun. Tapi hukuman merosakkan harta kerajaan, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, membahayakan keselamatan penjawat awam... jadi kes berat. Kalau lekat, berat hukumannya.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Berita

Order Air Tanpa Gula, Dapat Diskaun 20 Sen!

gempak
19/09/2024
15:55 MYT
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata, menerusi kempen ini, pengurangan harga sebanyak 20 sen diberikan bagi semuanya minuman yang tidak bergula.
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.