Laman Utama
[VIDEO] Tak Serik! Terlompat-Lompat Dengan Telekung Depan Tunang, Sharifah Sakinah Buat Netizen Marah
Pelakon Sharifah Sakinah, 32, sekali lagi menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila memuat naik video sedang bersenam sambil diteman tunangnya, Michael Hansen.
Menerusi entri tersebut, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired kelihatan melompat-lompat dengan mengenakan telekung sewaktu sedang ‘video call’.
"Bila malam jumaat lepas tu terus masuk kelas. Tak sempat tukar pakaian sukan. Terima kasih Marsha Milan memang lightweight telekung awak," tulisnya sebagai kapsyen.
Ternyata perkongsian memakai telekung itu telah mencetus kemarahan dalam pengikut sehingga ramai yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut.
Rata-rata warganet berpendapat adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah sudah melampau batas apabila terkinja-kinja dengan memakai pakaian yang digunakan untuk bersolat.
Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka The Series itu memilih untuk mendiamkan diri daripada membalas komen-komen yang ditinggalkan.
Video tersebut mendapat hampir 340,000 tontonan dengan 948 komen pengikut (ketika artikel ini ditulis).
Sebelum ini, Sakinah mengundang kecaman netizen apabila memuat naik foto memakai pakaian senaman (sport bra) berwarna hitam dengan gaya ‘manja’.
Penampilan yang mencolok mata itu telah menarik perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri untuk menegur.
Must-Watch Video