Hasrat Allahyarhamah Syazlin Zainal untuk menyambut ulang tahun kelahiran bersama abang kandungnya, Ezra Zaidi pada 14 November lalu tidak kesampaian selepas disahkan meninggal dunia.

BACA: “Kami Plan Nak Sambut Birthday…” – Abang Syazlin Zainal Cerita Tanda-Tanda Akhir Adik Sebelum Mengadap Ilahi

Terbaharu, teman lelaki kepada Allahyarhamah iaitu Shaf Pablo dilihat sekali lagi sempat meluangkan masa menziarahi pusara aktres tersebut di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat Kualu Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di IG Stories, Shaf yang juga anggota kumpulan rap ForceParkBois telah menitipkan ucapan hari lahir yang ke-26 buat kekasihnya itu.

“Ya Allah, cantiknya kekasihku hari ini. Selamat hari jadi sayangku, Syazlin Suhaiza Zainal,” tulisnya ringkas.

Bertambah sayu, apabila Shaf yang hadir ke tanah perkuburan tersebut dilihat memakai pakaian jenis kemeja bewarna merah iaitu kemeja yang sama pernah dipakai sewaktu bergambar kenang-kenangan bersama Allahyarhamah ketika hayatnya masih ada.

Dalam pada itu, turut dilihat beberapa rakan Shaf yang hadir bersama ke pusara Allahyarhamah Syazlin.

Sementara itu, menjengah ke laman TikTok, beberapa rakan Allahyarhamah turut menyampaikan ucapan hari lahir beserta beberapa potongan video yang dikongsikan buat tatapan umum.

@syafiqahzambry

Alin! 14 november aku selalu ingat kau. Aku datang weh, ramai datang. Balik je ada orang datang, balik je ada orang datang. Tak berhenti orang doa untuk kau weh ? Ramai lah sayang awak! Selamat Ulangtahun Syazlin Zainal ?

♬ Al-Fatihah - Dr. Atef Meftah Ahmed Abdeljawad

Terdahulu, Syazlin dilaporkan meninggal dunia disebabkan terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru pada 10 November.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri berkenaan kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!