Laman Utama
[VIDEO] Terpinga-Pinga Buat Challenge TikTok, Netizen Syak Da’i Syed Tak Faham Bahasa Inggeris?
Baru-baru ini, Da’i Syed dan pasangannya, Hana Ismail dijemput untuk menghadiri program hiburan MeleTOP.
Menerusi program berkenaan, pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga itu berkongsi mengenai fasa baharu perkahwinan mereka.
Usai menghadiri MeleTOP, pasangan itu turut melakukan challenge TikTok yang kemudiannya di muat naik di platform TikTok MeleTOP.
Challenge tersebut berupa ‘14 Questions You Should Ask’ yang dipopularkan oleh Ally Chen.
Menerusi cabaran yang trending di platform berkenaan, pasangan kekasih mahupun yang sudah mendirikan rumah tangga diajukan beberapa soalan seperti ‘Siapakah yang meminta maaf dahulu selepas bergaduh?’, ‘Siapakah yang paling kelakar’ dan ‘Siapakah yang paling romantik’.@mymeletop Sweet betul eh pengantin baru @Dai Syed #hanaismail ni! Hujung hujung tu masing masing tak nak mengaku ?? #couplequestions #meletop ♬ 14 Questions You Should Ask - Ally Chen • San Francisco
Sungguhpun mereka berjaya melakukan cabaran berkenaan, namun, segelintir netizen mendakwa yang Da’i Syed seperti tidak memahami beberapa soalan yang diajukan.
“Syed paham ka dak tu?”
“Hana jer faham kot.”
“Mula-mula dia macam faham pastu belakang-belakang tu dia macam blur da.”
“Yang sorang lagi faham tak tu 50-50 je eh.”
Bagaimanapun, Da’i Syed tidak melenting tetapi meninggalkan respons terhadap komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen dengan berkongsikan satu emoji.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video