Sempena #10yearschallenge, penyampai radio ERA dan pengacara, Radin berkongsi sebuah video 'throwback' ketika pertama kali dirinya menghadiri ujibakat untuk menjadi pengacara karpet merah di Anugerah Skrin 2012.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, semalam.

"Kalau lepas tengok video ni korang nak unfollow saya, saya redha.

"Dah alang-alang semua member lama cuba membuka aib masing-masing..

"Biarlah saya throwback balik kot-kot ada yang teringin jadikan inspirasi.

"Siapa la punya idea #10yearschallenge bagai semua, korang memang punca!!!

"Ini video tahun 2012 semasa 1st time audition untuk jadi hos red carpet #ask2012," tulis Radin.

Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #jangangelak #dontgiveup #korangpunpernahadazamansilam #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan #maluapabossku

Rata-rata rakan artis serta pengikut Radin terhibur melihat gelagatnya mengacara sehinggakan gelak keras perut.





Malah, ada segelintir netizen yang kagum serta memuji dengan sikap kegigihan Radin untuk terus berusaha sehingga berjaya menjadi seorang yang petah bercakap di hadapan kamera seperti sekarang.

Radin mula aktif di industri hiburan pada tahun 2014 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

KALAU LEPAS TENGOK VIDEO NI KORANG NAK UNFOLLOW SAYA, saya redha??? Dah alang-alang semua member lama cuba membuka aib kawan masing-masing... ? Biarlah saya throwback balik kot-kot ada yang teringin jadikan inspirasi ?? Siapa la punya idea #10yearschallenge bagai semua, korang memang punca!!! ??? Ini video tahun 2012 semasa 1st time audition untuk jadi hos red carpet #ask2012 #jangangelak #dontgiveup #korangpunpernahadazamansilam #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan #maluapabossku

A post shared by Radin (@radin_era) on