Dunia ketika ini turut berduka di atas tragedi Holloween Itaewon yang meragut nyawa lebih 156 orang pada kejadian yang berlaku Sabtu lalu.

Menurut seorang saksi yang juga mangsa terperangkap dalam kejadian itu, Kim Sua berkongsi situasi cemas sewaktu tragedi sebenar berlaku.

Jelas Kim Sua, ketika itu dia berasa hampir tidak boleh bernafas kerana telah dihimpit secara beramai-ramai.

“Saya mendengar orang menjerit ‘mereka jatuh’ atau ‘hubungi polis’, jadi saya tahu ia lebih daripada beberapa orang yang rebah, pastinya ramai.

“Ada satu saat di mana saya berasa dihimpit dengan sangat kuat sehingga saya tidak boleh bernafas.

“Orang ramai menjerit dan menangis meminta tolong, saya pula terperangkap dalam orang ramai sehingga lah saya diselamatkan.

“Pasukan penyelamat tiba dan polis menarik saya keluar, sebaik sahaja yang lain juga diselamatkan, mereka membawa yang terjatuh ke tepi jalan dan mula memberikan bantuan pernafasan,” kongsinya menerusi satu temubual oleh media tempatan.

Sementara itu, menurut seorang lagi saksi, Kim Jeongmin menjelaskan seorang mangsa maut dihadapannya biarpun ketika itu sudah diberikan bantuan pernafasan.

“Orang di bahagian atas cerun bukit menolak antara satu sama lain, ketika keadaan semakin sesak dan sempit untuk menuruni bukit.

“Ada seorang yang saya tarik keluar mengalami serangan jantung, dia mati walaupun saya sudah beri bantuan pernafasan,” kongsi Kim.

Dalam pada itu, seorang pelawat ke Itaewon berkata, dia berasa terkejut apabila melihat deretan mayat di tepi jalan. Malah dia turut melihat beberapa orang awam yang menangis meratapi mayat tersebut.

Terdahulu, seramai 100,000 orang telah berkumpul di bandar Itaewon bagi menyambut perayaan Halloween yang dikatakan sambutan terbesar pernah dianjurkan.

Bagaimanapun, tiada siapa menyangka, acara sambutan yang pada awalnya meriah bertukar menjadi tragedi buruk dalam sejarah Korea Selatan.

Namun menyayat hati lagi, apabila seorang pelakon Korea Selatan, Lee Jihan, 24, menjadi antara yang terkorban dalam kejadian tersebut.

BACA: Halloween Jadi Tragedi! 146 Meninggal Dunia, 150 Cedera Parah

BACA: Tragedi Halloween Itaewon, Pelakon Korea Dilapor Meninggal Dunia

Sumber: Twitter, Berita YTN