Artis Korea

Tragedi Halloween Itaewon, Pelakon Korea Dilapor Meninggal Dunia

gempak
Mya Amri
30/10/2022
20:30 MYT
Sponsor Banner
Tragedi Halloween Itaewon, Pelakon Korea Dilapor Meninggal Dunia
Pelakon dan juga bekas peserta program survival popular Korea, Produce 101 musim kedua, Lee Jihan, 24, meninggal dunia dalam tragedi Halloween di Itaewon.
Beberapa orang sahabatnya yang pernah bersama dengan Jihan semasa program berkenaan iaitu Park Hee Seok, Jo Jin Hyung dan Kim Do Hyun juga meluahkan kesedihan atas kehilangannya.
“Mendiang Lee Ji Han, 30 Oktober 2022… Ji Han telah meninggalkan dunia ini untuk pergi ke tempat yang selesa.
“Tolong ucapkan selamat tinggal kepadanya semasa dia pergi ke tempat terakhirnya,” tulis Hee Seok.
Berita sedih itu juga turut disahkan oleh agensi mendiang, 935 Entertainment.
“Memang benar Lee Jihan meninggal dunia semasa tragedi di Itaewon pada 29 Oktober. Kami berharap ia tidak benar, namun apabila mendengar berita itu, kami sangat terkejut.
“Kami juga sangat berhati-hati tentang perkara ini kerana keluarganya berada dalam kesedihan yang amat sangat. Kita titipkan doa buat mendiang,” jelas kenyataan tersebut.
Upacara pengebumian Jihan akan diadakan di Hospital Myeongji pada Isnin manakala majlis pengebumian mendiang akan berlangsung pada keesokannya iaitu tanggal 1 November 2022.
Untuk info, Jihan menyertai Produce 101 musim kedua yang disiarkan pada tahun 2017 dan menduduki tempat ke #98.
Bagaimanapun Jihan kemudiannya tersingkir dalam pusingan pertama.
Selepas itu, Jihan kemudiaanya aktif sebagai pelakon dan muncul dalam drama web siri berjudul Today Was Another Nam Hyun Day.
BACA: Halloween Jadi Tragedi! 146 Meninggal Dunia, 150 Cedera Di Itaewon
Terdahulu, sekurang-kurangnya 151 orang terbunuh dan 156 lain cedera dalam rempuhan maut di Itaewon, Seoul, selepas sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong sempit.
Sumber: Koreaboo / Allkpop / TV Report
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024