,
Laman Utama

[VIDEO] Tular Gambar Dengan Pramugari Cantik, Sharnaaz Ahmad; “Saya Hanya Kenal Wanita Itu Ketika…”

Gempak
09/09/2022
07:30 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menjelaskan mengenai foto dia bersama seorang pramugari yang tular selepas dimuat naik oleh wanita itu di aplikasi TikTok.
Tidak mahu netizen salah faham, Sharnaaz memberitahu wanita tersebut hanyalah peminat yang ingin bergambar dengannya.
“Saya hanya kenal wanita itu ketika atas penerbangan saja. Bergambar sekadar peminat.
“Lagipun semua pramugari baik-baik. Jadi, saya layankan saja,” kata Sharnaaz ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, nama Sharnaaz Ahmad menjadi topik bualan warganet di media sosial selepas tular foto berdua dengan seorang wanita menerusi akaun @Diyya.eqa di aplikasi TikTok.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat andaian dengan mendakwa wanita itu adalah kekasih kepada aktor berumur 37 tahun.
Hasil pemerhatian Gempak, wanita terbabit dan pelakon drama I Promise Janji Anaqi turut saling mengikuti di Instagram (IG).
Sementara itu, Sharnaaz berkata dia tidak kisah sekiranya ada pihak menggunakan gambar bersama artis untuk dijadikan bahan di laman sosial selagi ia tidak mengaibkannya.
“Saya tak kisah pun dan tak ada apa pun yang salah kalau nak letak gambar dengan artis untuk dapatkan view atau content.
“Janji semua yang baik-baik dan happy saja. Tak ada aibkan siapa-siapa atau buat salah pada sesiapa. Enjoy dah,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Sharnaaz dan usahawan, Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.
@diyya.eqa Jangan tag dia #fyp #fypシ #cabincrew #flightattendent #aircrew #stewardess #batikair ♬ เสียงต้นฉบับ - chinese
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”

gempak
09/11/2024
23:55 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi paparan skrin komen netizen yang mengungkit semula isu bayaran nafkah sebanyak RM500 yang pernah diberikan kepada bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila.
Hiburan

“Saya Tak Liar..Pergi Club, Buat Benda Terlarang...” - Sherry Ibrahim Kenang Semula Kehidupan Sebagai Pramugari

gempak
23/10/2024
01:29 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim tampil berkongsi momen sewaktu dirinya bekerja sebagai pramugari.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Suami Buka Aib Pasangan Depan Anak - “Never! Itu Perbuatan Budak Sekolah”

gempak
16/10/2024
00:30 MYT
Aktor Sharnaaz Ahmad menegaskan seseorang lelaki yang bergelar suami tidak perlu untuk memburukkan bekas isteri di depan anak-anak.
Hiburan

Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

gempak
09/10/2024
12:25 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan kepada pasangan yang sudah bercerai tidak kira lelaki mahupun wanita agar tidak membuka aib satu sama lain.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Unitar