,
Laman Utama

[VIDEO] "Waktu Tu Saya Baru Berpisah, Sangat Sedih & Down" - Irfan Haris

Amri Hassan
24/07/2022
13:55 MYT
Penyanyi Irfan Haris mendedahkan lagu baharu ciptaannya berjudul Bisik tercetus sekitar empat tahun lalu ketika dirinya sedang berduka dan bersedih selepas perpisahan.
Kata adik kepada penyanyi Amira Othman itu, lagu terbabit diciptanya spontan menceritakan tentang kerinduan terhadap bekas kekasih yang telah punyai individu lain.
"Idea di sebalik penciptaan lagu ini tercetusnya hampir empat tahun yang lalu di mana saya sedang merasa sedih dan sangat down kerana sedang merindukan seseorang yang amat dalam.
"Waktu itu saya baharu sahaja berpisah dengan seseorang yang amat dekat dengan hati saya, jadi cara saya meluahkan perasaan ketika itu adalah melalui penciptaan melodi yang spontan, saya ambil gitar dan terus memetiknya sehingga keluar muzik dengan sendirinya.
"Bisik membawa maksud kata-kata berbisik pada diri sendiri apabila terlalu merindui seseorang yang amat dalam, bisikan pada hati tentang perasaan rindu sedangkan bekas kekasih telah pun mempunyai ‘orang’ baru.
"Lagu ini agak ‘sendu’ sesuai dengan mood yang saya cuba bawakan, dan saya teruja hendak kongsikannya bersama peminat," katanya.
Lagu Bisik dicipta bersama abangnya, Haiqal Iskandar dan saudara rapatnya, Ubaidillah. Lagu terbabit diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

MV Bisik cerita masalah depresi

Dalam pada itu, Irfan mengetengahkan isu kesihatan mental dan depresi dalam muzik video lagu Bisik.
"Idea di sebalik MV ini juga datangnya dari saya sendiri, saya ingin berkongsi betapa murungnya jiwa seseorang lelaki itu apabila terlampau merindui bekas kekasihnya.
"Saya juga ingin mengetengahkan masalah depression buat penonton kerana pasti ramai yang boleh mengaitkannya dengan pengalaman sendiri, kerana cinta itu kadang-kadang hampir membuatkan kita kurang waras dan terus menjadi murung.
"Apa yang saya cuba sampaikan adalah permasalahan yang sering terjadi pada masa kini, mungkin agak berat bagi semua tetapi ketahuilah ada jalan keluarnya, iaitu masa," ujarnya.

Irfan Haris penyanyi mampu sentuh jiwa pendengar

Kata Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment Malaysia, Erick Yew Irfan merupakan artis muda yang mempunyai bakat nyanyian yang mampu menyentuh jiwa sesiapa mendengarnya.
"Jiwa seni yang lahir dalam dirinya jelas kelihatan selain kakaknya juga yang mempunyai bakat yang sama. Saya berharap agar Bisik dapat mengembalikan rindu peminat Irfan yang dambakan lagu-lagu sebegini darinya," katanya.
Lagu ‘Bisik’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Unitar