Laman Utama

[VIDEO]: "Ya Allah..."- Ryan Bakery Tergamam Dapat Gift Luar Biasa! Bila Check Rupanya Bernilai Lebih RM1049

Mya Amri
26/07/2022
05:40 MYT
Pempengaruh aplikasi TikTok, Ryan Bakery tergamam apabila mendapat hadiah luar biasa ketika bersiaran langsung bersama pengikutnya baru-baru ini.
Hadiah tersebut diberikan oleh seorang pengguna yang menggunakan id Sultan Pemurah.
Video yang tular itu juga merakamkan wajah Ryan yang tergamam selepas berkali-kali menerima hadiah ‘Singa’ daripada Sultan Pemurah.
Hadiah itu dipercayai mempunyai nilai harga yang tinggi kerana Ryan meluahkan rasa bimbang jika Sultan Pemurah itu tersalah tekan dan secara tidak sengaja telah memberikannya hadiah mewah tersebut.
Bagaimanapun, Sultan Pemurah kemudiannya terus memberikan hadiah mewah beberapa kali seolah-olah memberitahu bahawa tanggapan Ryan itu salah dan hadiah itu memang diberikan kepadanya.
Menyedari perkara itu, Ryan berulang kali mengucapkan rasa syukur atas rezeki yang tidak disangka.
Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsi kegembiraan itu bersama tunangnya yang secara kebetulan menghubunginya pada ketika itu.
@nrfarrahhanim #rwyfb ♬ original sound - Nrfarrah
Kata Ryan wang daripada hadiah itu boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka kelak.
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook berkongsikan harga hadiah yang diberikan oleh Sultan Pemurah kepada Ryan.
Difahamkan, nilai Singa yang diberikan itu berharga lebih kurang RM1049.90.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Ryan dan mengatakan hadiah yang diterima itu merupakan rezeki untuk mendirikan rumah tangga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.