Laman Utama
[VIDEO]: Zack Merican Kemalangan, Anak Nampak Tahan Sakit Kaki Tersepit, Sebak Bila Cakap - “Daddy Strong Kan…”
Penyanyi dan YouTuber, Zack Merican memaklumkan diri dan anaknya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Persiaran Amansiara pada Isnin.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Zack menjelaskan kejadian berlaku dengan pantas apabila sebuah kenderaan jenis Wira terbabas dan melanggar pembahagi jalan gara-gara jalan licin.
“Abang depan langgar pembahagi jalan. Lalu kami pula terlanggar dia. Sempat berhenti. Alhamdulillah impak tak kuat sangat. Cumanya, kaki kiri aku tersepit pada kereta itu dan terseliuh sikit.
Advertisement
“Cover set motor calar dan ada skirt bawah patah. Zander Mikhael (anak) okey. Alhamdulillah. Dia tiada apa-apa, syukur sangat.
“Itu yang lagi penting dari segalanya. Dalam moment aku break emergency dan motor ni aku tau akan langgar juga dia.
“Terima kasihlah abang itu kerana bertindak dan alihkan kereta dengan segera. Kalau tak, entah apalah jadi dekat kaki aku ini. Terima kasih Allah! Tak ada sedikit luka langsung pada Zander. Alhamdulillah,” jelasnya.
Namun Zack tidak dapat menyembunyikan rasa sebak dengan reaksi Zander sebaik sahaja anaknya itu melihat kakinya tersepit.
“Silap aku juga mungkin terlalu fikir bukan-bukan dari semalam. Plus sebelum nak ride dengan Zander pun hati macam tak sedap.
“Tapi percayalah, sebak gila bila tengok Zander punya mata dan dia cakap pada aku ‘Daddy strong kan’.
“Sebab dia nampak aku dok tahan sakit waktu kaki tersepit dekat kereta,” kongsinya.
Saksikan video penuh Zack di bawah:
Must-Watch Video