Belum ada rezeki untuk hamil lagi, namun pelakon Zahirah MacWilson berkongsi senarai 10 nama pilihan teratas jika dia dikurniakan cahaya mata perempuan.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zahirah memberitahu dia pernah berkongsi beberapa nama bayi perempuan iaitu Raline ketika menjadi tetamu dalam podcast Sembang Studio.

Selain Raline, antara nama yang menarik perhatian isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza ini ialah Eliza, Aria, Ella atau Issabella, Esme dan juga Zahara.

“Sebelum ini saya pernah buat Top 10 baby boy names. Sekarang kita buat Top 10 baby girl names! And I’m not pregnant yet.

“Antara nama saya kongsi di Sembang Studio ialah Raline… saya suka nama itu. Kedua, Eliza… saya pernah ada kawan sekolah nama Eliza dan dia sangat cantik dan sweet.

“Yang ketiga, Aria… keempat, Ella sebab nama itu sweet. Mungkin kalau nama panjang, Isabella. Yang kelima, Esme tapi mungkin Melayu cakap ‘Esme? Esmi?’.

“Seterusnya, Aira dan ia nama yang menarik. Ketujuh, Zahara dan ia sangat exotic. Yang kelapan, Amara. Nombor sembilan, Serena atau Seirra. Yang terakhir, Elise atau Elisa,” kongsinya.

Rata-rata netizen di ruang komen di perkongsian itu memuji cara pelakon drama Tiada Maaf Buatmu itu menyebut setiap nama bayi perempuan pilihannya.

“Dia sebut nampaklah ‘mewah betul nama’. Dapat kat makcik bawang lain bunyinya.

“Bila dia sebut nama terus rasa vibe lain eh. Contoh macam Eliza tu,” komen netizen.

Untuk rekod, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@zahirahmacwilson For future princesses ????? #babygirlnames ♬ original sound - Zahirah Macwilson