Nampaknya, penantian penonton terhadap kesinambungan kisah Fadil bakal berakhir apabila sedutan filem Abang Long Fadil 3 dikongsikan oleh pelakon utamanya, Zizan Razak menerusi Instagram semalam.
Menerusi sedutan yang dikongsikan oleh Zizan, kelihatan watak Fadil telah pun dibebaskan oleh pihak berkuasa daripada tahanan Jabatan Penjara Nusantara atas kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Meninjau komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat, rata-rata memberikan respons yang positif terhadap teaser yang dikongsikan Zizan.
Viral
[VIDEO] Zizan Kongsi Teaser, Netizen Dah Tak Sabar Nak Tengok Abang Long Fadil 3!