Laman Utama

[VIDEO]“Ingatkan Bila Dah Ready Nak Anak, Terus ‘Jadi’…”- Pekin Ibrahim Dedah ‘Tolak’ Anak Ketika Mula Kahwin, Kongsi Cerita Penantian 4 Tahun Dengan Mona

gempak
Syafiqah Jalal
12/09/2022
08:49 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Ingatkan Bila Dah Ready Nak Anak, Terus ‘Jadi’…”- Pekin Ibrahim Dedah ‘Tolak’ Anak Ketika Mula Kahwin, Kongsi Cerita Penantian 4 Tahun Dengan Mona
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim akui rezekinya bertambah selepas dia banyak memberi terutama kepada isterinya, Mona Allen.
Kata Pekin amalan itu dilakukan untuk mendapatkan rezeki yang berkat dan melimpah ruah.
“Lagi banyak kita memberi pada isteri sebenarnya lagi banyak rezeki yang kamu akan dapat. Macam juga sedekah, lagi banyak kamu sedekah pada orang, lagi banyak rezeki kamu dapat.
“Sebab dalam rezeki kamu mesti ada rezeki orang lain. Saya amal benda-benda macam tu la,” katanya.
Pekin berkongsi amalan murah rezekinya itu dalam satu wawancara bersama radio Zayan dalam segmen khas berjudul Kisah Inspirasi.
Sedutan itu merupakan salah satu promosi segmen Kisah Inspirasi Zayan yang dimuat naik di Instagram rasmi mereka.
Video penuh Kisah Inspirasi Pekin telah ditayangkan secara penuh di laman rasmi Youtube Zayan.
Dalam perkongsian itu, Pekin yang baru menimang cahaya mata pada bulan lalu bercerita mengenai cabaran dia dan isteri menantikan ahli baru selama empat tahun.
“Sebenarnya pada tahun pertama tu kita memang merancang untuk tiada anak lagi kerana masih sibuk dengan kerja tapi bukan tahun kedua dah bersedia nak ada anak masih tiada rezeki.
“Kita ingat bila kita dah ready nak anak terus ‘jadi’ tapi tidak kerana yang bagi itu hanya Allah,” katanya reda ketika itu.
Pekin juga akui tekanan dari isterinya yang membuatkan mereka berusaha untuk mendapatkan cahaya mata menerusi kaedah moden dan tradisional.
“Tekanan lebih pada Mona kerana dia nampak kawan-kawan dia hamil dan bawa anak. Tapi saya stressed bila dia beritahu yang dia nak anak tetapi kami belum dikurniakan lagi anak.
“Bila masuk tahun ke empat kena tawakal lah…sebagai seorang lelaki kena buang ego maknanya pergi buat pemeriksaan di hospital. Tapi lega kerana masing-masing tiada masalah, cuma Allah belum beri.
“Bila dah tahu kami tiada masalah baru kami tidak stressed dan pergi usaha sendiri dengan pelbagai rawatan moden dan tradisional,” ceritanya.
Pasangan ini menimang putera sulung pertama mereka pada 31 Ogos lalu di sebuah hospital swasta di Selangor.
Banyak lagi yang dikongsikan Pekin dalam temu bual eksklusif itu, tonton video penuh di Youtube Zayan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live