,
Laman Utama

[VIDEO]“Lentik-Lentik Je Jari Tu…”- Aafiyah Jadi Pemain Piano Paling Muda, Siti Nurhaliza Sebak Kongsi Cerita

Syafiqah Jalal
29/08/2022
04:54 MYT
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui gementar walaupun dalam masa yang sama bangga melihat anak sulungnya, Siti Aafiyah mengadakan persembahan pertama dalam sebuah konsert piano.
Kata Siti Nurhaliza Aafiyah antara pemain piano termuda iaitu hanya berusia empat tahun di dalam konsert berkenaan.
Berkongsi cerita membahagiakannya itu Siti memberitahu dia sebak melihat anaknya sewaktu bermain piano di hadapan penonton dan tetamu yang hadir semalam.
“Hari ini (semalam) Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya.. Ibu bila teacher kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya ) Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited.
“Hari ini ibu rasa sebak ketika mula tengok Aafiyah perform, Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik-lentik jari tuuu..(Ada gayaa kata Ayah).
“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.. Terima kasih teacher yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye..Tahniah untuk majlis hari ini,” katanya.
Pelantun lagu Aku Cinta Pada Mu itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dia yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K telah merakam momen indah itu dan dikongsikan di laman sosial.
Kemas kini itu mendapat perhatian rakan selebriti serta pengikutnya yang rata-rata memuji bakat yang ada pada Aafiyah.
“Bravo Aafiyah ke mana pulak kuahnya tumpah kan,” komen pelakon Tiara Jacquelina.
“Paling muda, bijaknya,” pui penyampai radio Sharifah Shahirah.
“Kejapnya masa berlalu, sebak tengok,” komen salah seorang peminatnya.
Selain Aafiyah, Siti juga mempunyai seorang anak lagi iaitu Muhammad Afwa yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.