Skip to main content

Berita Tempatan

[VIDEO]Sebak! Anak- Anak Fasha Sandha Mengalirkan Air Mata Sebaik Sahaja Tahu Berita Keguguran

fashagugur.jpg
Pelakon Fasha Sandha berkongsi rakaman video saat dia memberitahu anak-anaknya Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemaima, 4, berita sedih bahawa bayi dalam kandungan keguguran.
 
Menerusi video tersebut, anak-anaknya terkejut dan menangis kerana tidak dapat menahan sebak.
 
Fasha juga berkali-kali memohon maaf kepada mereka di atas apa yang berlaku.
 
Malah Fasha berjanji untuk lebih berjaga-jaga jika dikurniakan cahaya mata di masa akan datang.
 
Rata-rata pengikutnya akui turut bersedih dan mengalirkan air mata ketika menyaksikan video tersebut.
 
Malah turut berdoa agar Fasha diberi peluang untuk hamil lagi.
 
Terdahulu, Fasha mengumumkan berita sedih itu selepas dia memberitahu berlaku pendarahan.
 
[BACA: “Belum Ada Rezeki, Doakan Yang Terbaik…”- Aidil Aziz Reda] 
 
Fasha yang berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac lalu mengumumkan kehamilannya selepas dua bulan perkahwinan mereka.
 

Must-Watch Video

Advertisement