Laman Utama
[VIDEO]“Tengah Ramai Customer Tadi…”- Pelanggan Makan Tak Bayar, Linda Onn Halalkan Jika…
Penyampai radio popular, Linda Onn mendedahkan terdapat pelanggan yang mengunjungi restoran miliknya didakwa tidak membayar selepas selesai menjamu selera.
Kata Linda ketika kejadian berlaku, dia tidak menyedari kerana terdapat ramai pelanggan dalam satu masa.
“Tengah ramai customer tadi. Memang tak perasan kalau ada yang lepas makan terus balik,” katanya.
Linda berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang menunjukkan pelanggan di satu meja enam orang yang didapati tidak membayar makanannya.
Pun begitu, Linda cuba bersangka baik dan menganggap pelanggan itu lupa hendak membayarnya.
“Kami bersangka baik. Mungkin bukan niat, mungkin terlupa, mungkin disangka dah bayar. Jika kemungkinan itu, kami halalkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Linda sempat berkongsi resit yang perlu dibayar berjumpa RM103.18.
Linda mengusahakan restoran makanan berasaskan nasi ayam yang diberi nama My Mom’s Chicken Rice itu sejak hampir 10 tahun lalu.
Must-Watch Video