Laman Utama

[VIDEO]“Terima Kasih Atas Teguran”- Anak Dikecam Pakai Swimming Suit, Dr Halina Terima Nasihat Netizen

gempak
Syafiqah Jalal
18/10/2022
06:14 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Terima Kasih Atas Teguran”- Anak Dikecam Pakai Swimming Suit, Dr Halina Terima Nasihat Netizen
Perkongsian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszapahar dan isterinya, Dr Halina mengenai acara pertandingan sukan renang yang disertai oleh dua anak perempuan mereka mendapat perhatian netizen.
Selain mendapat pujian di atas pencapaian dua orang anak mereka iaitu Bella dan Tasha, pasangan itu juga menerima kecaman netizen mengenai pemakain baju renang yang didakwa tidak sesuai dan sopan.
“Ini acara renang untuk anak-anak kami. Saya tak edit (video) boleh dengar saya menjerit bersorak.
“Saya dah tak peduli orang kini kanan hanya hendak bersorak untuk anak-anak. Suara acik paling kuat tu saya lah,” kata Dr Halina dalam satu hantaran.
Dalam hantaran berkenaan menunjukkan anak-anaknya lengkap berbaju renang dengan mendedahkan seluruh kaki dan lengan.
Namun Dr Halina sedar ada netizen dan pengikutnya kurang senang akan pemakaian anaknya yang dlilihat tidak sopan dan mengucapkan terima kasih di atas teguran.
“Saya juga sedar akan semua nasihat yang diberikan terhadap pemakaian anak saya. Terima kasih atas teguran,” katanya lagi.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang lagi kembar Emilia dan Eusoff.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live