Tempat penginapan merupakan salah satu nadi utama percutian.

Ada pelancong yang sanggup berjimat dan hanya memilih untuk tidur di dorm atau hostel ketika mengembara.

Ramai juga pelancong yang gemar memperuntukkan sejumlah wang untuk merasai pengalaman tidur di villa, hotel atau resort mewah bagi melengkapkan lagi percutian mereka.

Kali ini, Gempak senaraikan enam tempat penginapan unik di dunia:

1. Attrap'Rêves



Terletak di Allaunch, Perancis, hotel ini menyajikan pengalaman berbeza berbanding tempat penginapan lain. Rasai sendiri keunikan alam semula jadi apabila anda menginap di dalam tempat yang berbentuk buih! Ada yang memberikan Attrap'Rêves dengan nama panggilan 'bubble hotel'.

2. Kakslauttanen Arctic



Nak mencuba pengalaman tidur di hutan pinus dalam lautan salji yang memutih? Kakslauttanen Arctic Resort adalah tempat penginapan yang anda cari! Semestinya pengalaman menginap di sana bakal anda ingati sepanjang hayat. Terletak di Lapland, Findland, tempat penginapan ini mempunyai dua cawangan iaitu Kakslauttanen Arctic East Village dan Kakslauttanen Arctic West Village.

3. Treehotel



Mesti ada di antara anda yang menyimpan hasrat untuk mempunyai rumah di atas pokok sewaktu anda kecil bukan? Realisasikan impian anda dengan menginap di Treehotel yang terletak di Harads, Sweden. Bilik yang terletak di dalam hutan yang merimbun dengan ketinggian dari empat sehingga ke enam meter memberikan anda pengalaman yang berbeza!

4. The Manta



Terletak di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania, The Manta cukup sesuai jika anda sukakan laut dan pantai! Pastinya pengalaman tidur dalam bilik yang mempunyai pemandangan di dasar lautan membuatkan percutian anda mengasyikkan! Paling best, bilik itu terapung di atas lautan!

5. The Crazy Bear



Menyimpan angan-angan untuk tidur di dalam bilik persis cerita dongeng? The Crazy Bear merupakan jawapan tepat untuk menggapai cita-cita anda! Beradu bak putera atau puteri dongeng di tempat penginapan yang mempunyai empat cawangan di sekitar United Kingdom.

6. Hotel de Glace



Hotel de Glace yang terletak di Quebec City, Kanada ini menyediakan pengalaman tidur di dalam ais! Kedinginan yang mencengkam pastinya memberikan memori berbeza dan membuatkan percutian anda bertambah unik!

Impian anda untuk melancong dengan pakej yang murah dan berpatutan, kini termakbul!



Dengan pelancaran platform E-travelfair pada 2 September ini akan menawarkan pelbagai pakej-pakej pelancongan khas untuk anda!

Sumber: Phimeno
Kredit foto: D.Signers, Time, Kakslauttanen, NewAtlas, CrazyBearGroup, Hotels