Laman Utama

Viral Gambar ‘Cium’ Jantan Di Kelab Malam, Baby Shima Terus Digelar Anak Haram, Pelacur & Keturunan B*BI? - “Jangan Sampai Fitnah”

gempak
Hanafis Haris
17/11/2021
23:55 MYT
Sponsor Banner
Viral Gambar ‘Cium’ Jantan Di Kelab Malam, Baby Shima Terus Digelar Anak Haram, Pelacur & Keturunan B*BI? - “Jangan Sampai Fitnah”

Penyanyi Baby Shima terus menjadi mangsa kecaman netizen apabila isu ‘bercium’ dengan seorang lelaki di sebuah kelab malam tular di pelbagai platform media sosial.

Biarpun telah menjelaskan isu sebenar mengenai gambar berkenaan, netizen bagaimanapun masih tidak henti meninggalkan komen negatif yang berbaur kesat.

Malah, menerusi posting di Instagramnya semalam, Baby Shima turut berkongsi beberapa hinaan yang dilemparkan kepadanya.

“Lepas satu, satu masalah timbul. Ada yang gelar shima pelacur, ada yang gelar Shima anak haram, keturunan babi dan macam-macam selepas keluar gambar di kelab malam.

“Walaupun bukti dah ada bagitau shima di kelab malam sebab MV lagu shima LALAI, mereka still tidak percaya.“Semoga Allah tak berbalikkan apa yang terjadi pada Shima ni pada korang yang memfitnah,” katanya.

Jelasnya, dia juga bingung mengapa orang ramai masih tidak mempercayai biarpun perkara tersebut telah diperjelaskan.

“Orang masih tak percaya apa yang Shima cakap kan. Bukti semua di sana, benci boleh tapi jangan sampai memfitnah,” katanya.

Sekadar info, isu berkaitan Baby Shima tercetus apabila gambar dipercayai miripnya bersama seorang lelaki di pusat hiburan di ibu kota, tular.

Mengakui itu adalah dirinya, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini menjelaskan timbul salah faham mengenai foto tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Shima memberitahu gambar tersebut sengaja di muat naik oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk memburukkan namanya.

BACA: “Gambar Itu Untuk Malu & Jatuhkan Saya, Puas Hati Korang?” - Shima Menangis Beri Penjelasan, Hanya Shooting MV Baru

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024