Laman Utama

Viral Pemain Futsal Kena Belasah YouTuber, Itu Anak Saudara Nazeera Sardi! - "Dia Dibelasah Teruk..."

gempak
Syafiqah Jalal
07/03/2021
04:55 MYT
Sponsor Banner
Viral Pemain Futsal Kena Belasah YouTuber, Itu Anak Saudara Nazeera Sardi! - "Dia Dibelasah Teruk..."
Pelakon Nazeera Sardi mendedahkan pemain futsal yang tular dipukul oleh seorang Youtuber terkenal dalam satu pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang, kelmarin merupakan anak saudaranya.
Menurut Nazeera dia dan seluruh keluarga amat terkejut dengan berita tersebut dan anak saudaranya dikenali sebagai Rahimie Affandie Roslan di masukkan ke hospital.
“Harini (semalam) kami satu family dikejutkan dengan berita anak buah Jern (Nazeera)yang jadi mangsa dalam pergaduhan yang viral ni.
“Akibat meleraikan pergaduhan yang berpunca ketika main futsal, dia dibelasah teruk oleh geng Youtuber terkenal sehingga mengalami kecederaan di muka dan dimasukkan ke hospital.
“12 lawan 1 guys. Panggil geng dari luar pula tu. Korang rasa macam mana tu. Selama ni banyak content Youtuber tu pasal yang indah-indah. Tapi ni bila dah bawak geng pukul orang sedih lah kan. Korang boleh swipe & tengok sendiri,” katanya.
Nazeera berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Nazeera memuat naik foto dan video anak saudaranya dalam kejadian tersebut.
BACA: Youtuber Terkenal Didakwa Pukul Pemain Futsal, Siapa Bawa Kerambit
Dramatis itu turut meminta semua mendoakan yang terbaik buat Rahimie semoga dipermudahkan dan cepat sembuh.
“Takpelah Allah Maha Adil dan mengetahui. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik untuk anak buah Jern ok. Be strong! @rahimieaffandie ,” katanya lagi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk Youtuber berkenaan hingga mengalami kecederaan teruk di muka serta badan.
Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tular di laman media sosial menunjukkan aksi pergaduhan itu malah ada yang turut melafazkan kata-kata kesat.
Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus selepas mangsa meleraikan pergaduhan antara dua individu ketika berada di gelanggang futsal.
Beberapa minit kemudian, salah seorang didakwa datang semula bersama 25 individu lain sebelum memukul mangsa hingga cedera.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live